Dan tak mustahil jugak untuk PRU14 nanti Lim Kit Siang akan bertanding di Sabah untuk memacu semangat lebih hebat macam yang berlaku di Johor selepas Lim Kit Siang buat keputusan bertanding di Parlimen Gelang Patah.
Malaysiakini melaporkan:
Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat – membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah.
Matlamat Pakatan Rakyat di Sabah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga dari 26 kerusi parlimen di negeri ini tidak tercapai bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi parlimen dari tiga negeri deposit tetap – Sabah, Sarawak, dan Johor – untuk membantu menggenapkan jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. - Mkini.
Nampak jelas DAP sangat bersungguh-sungguh untuk tumbangkan Umno BN dalam PRU14. Belum habis pun proses failkan petisyen di mahkamah, DAP dah pun buat perancangan rapi di Sabah terutamanya.
Malaysiakini juga melaporkan:
Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam pilihan raya umum ke-13.Strategi ambil Dun angkat ni PAS dah buat lama kalau tak silap aku sejak sebelum PRU13 lagi. Sekurang-kurangnya masa PRN Sarawak sebelum ni memang jelas sangat projek Dun angkat tu.
Kita juga perlu membina asas yang kukuh bagi merebut pentadbiran Sabah dalam pilihan raya umum umum ke-14.
Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam pilihan raya umum ke-14.
Kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.
Untuk membantu kempen DAP dan Pakatan di Sabah bagi pilihanr raya umum ke-14, ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat. - Ibid.
Cumamnya aku tak pasti setakat mana mantapnya gerakerja projek Dun Angkat tu ataupun cuma sekadar untuk publisiti, lepas tu Dun Angkat tu dibiarkan terkontang-kanting macam sebelumnya juga.
Apa pun, aku yakin DAP akan ada perancangan yang lebih terpeinci dengan projek Dun angkat di Sabah terutamanya.
Aku yakin dengan semangat menang besar yang DAP ada sejak PRU12 dan dikuatkan lagi semangat dengan kemenangan yang lebih besar dalam PRU13 termasuk mengalahkan calon BN hingga ada yang hilang wang deposit, DAP mampu buat kejutan besar di Sabah dalam PRU14 nanti.
Dan tak mustahil jugak untuk PRU14 nanti Lim Kit Siang akan bertanding di Sabah untuk memacu semangat lebih hebat macam yang berlaku di Johor selepas Lim Kit Siang buat keputusan bertanding di Parlimen Gelang Patah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis