Harga yang perlu dibayar untuk lawan penipuan Umno BN dan SPR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 10, 2013

Harga yang perlu dibayar untuk lawan penipuan Umno BN dan SPR

Nak buat macamana, nak turun ke jalannraya masih tak ramai rakyat yang berani. Bukan kata rakyat biasa, pemimpin Pakatan Rakyat yang dalam ceramah cakap berdegar-degar pun masih ramai yang kecut nak turun ke jalanraya, macam-macam alasan.

Harakahdaily melaporkan:
Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP. - Hrkh
Kerusi-kerusi verkenaan adalah:
Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis

Mungkin ada yang mushkil pasai apa sikit sangat, padahal kalau dengar ke riuhnya Himpunan #Blackout505 macam Umno BN bekerjasama dengan SPR tipu pilihanraya di seluruh negara.

Mungkin ada yang taktau yang ingat nak file petisyen pilihanraya tu boloeh takat nak guna air liur. Untuk 25 kerusi parlimen tu dan 10 Dun, Pakatan Rakyat kena bayar RM15juta.

Maknanya, kaloau takdak kes dan bukti kukuh takkan saja-saja Pakatan Rakyat nak buang duit sebanyak tu. Lagipun, duit tu terutama sekali untuk PAS, adalah duit yang dikutip dari poket orang PAS termasuk dari dari ahli PAS yang miskin dikampung yang sanggup menginfaq demi cita-cita politik dan dakwah PAS.

Apa nak buat, kalau masih nak gunakan saluran pilihanraya di Malaysia ni, inilah harga yang kena bayar untuk sekarang ni, tak mustahil akan datang jumlah yang kena bayar akan meningkat lagi.

Keadilandaily melaporkan:
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta.
Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini.
“Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan. - KD.
Nak buat macamana, nak turun ke jalannraya masih tak ramai rakyat yang berani. Bukan kata rakyat biasa, pemimpin Pakatan Rakyat yang dalam ceramah cakap berdegar-degar pun masih ramai yang kecut nak turun ke jalanraya, macam-macam alasan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...