Haram atau halal Himpunan 15 Jun ni bergantung kepada plan Zahid Hamidi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 08, 2013

Haram atau halal Himpunan 15 Jun ni bergantung kepada plan Zahid Hamidi?

Tapi yang mungkin paling seronok sekali para peserta Himpunan 505 Padang Merbuk 15 Jun ni ada peluang merasa semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Harakahdaily melaporkan:
Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.

Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman. - Hrkh
Harakahdaily juga melaporkan:
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.

Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan. - Ibid.

Jadi macam antara ayam dengan telur yang mana dulu. Kalau tanya aku jawabnya orang yang draft semua undang-undang dan peraturan berkenaan tu BANGANG pasai tu jadi situasi bangang macam tu.

Pegawai polis yang mintak surat kebenaran dari DBKL untuk guna padang tu dulu sebelum keluarkan kebenaran untuk berhimpun sama taraf ja kut dengan pegawai DBKL yang minta surat kebenaran polis dulu sebelum bagi kebenaran guna padang tu.

Dua-dua terpaksa memperbangangkan diri demi untuk 'ikut arahan orang atasan'. Tak payah tanya la sapa orang atas tu pasai senang ceritanya semua tu sebab Umno BN tak berani nak lawan Pakatan Rakyat berpolitik secara gentelmen, terpaksa gunakan jentera kerajaan dan badan berkanun untuk lawan atas nama undang-undang dan peraturan kononnya.

Jadi kesimpulannya Himpunan 15 Jun ni kemungkinan besarnya adalah himpunan haram. Maknanya sapa yang hadir boleh dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Kesiksaan macam yang Salahuddin kena. Penganjur pulak boleh kena 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 macam yang Che'guBard kena dakwa di mahkamah baru ni. Yang berucap di himpunan tu pulak tentu punya senang-senang boleh didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan macam yang Adam Adli kena baru ni.

Tapi yang mungkin paling seronok sekali para peserta Himpunan 505 Padang Merbuk 15 Jun ni ada peluang merasa semburan air kimia dan gas pemedih mata.

Pasainya kalau depa nak, menang senang-senang depa boleh buat bagi himpunan tu jadi himpunan haram. Tambah-tambah dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tu seksyen 27, bagi kuasa yang cukup luas untuk Zahid Hamidi buat apa saja peraturan ikut suka dia.

Kalau tanya aku, haram atau halal Himpunan 505 pada 15 Jun ni bergantung kepada Zahid Hamidi. Dengan kuasa yang ada pada dia sebagai Menteri Dalam Negeri dia memang boleh nak bagi jadi halal atau bagi jadi haram.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...