Percubaan papagomo untuk buat lawak bangang kantoi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 07, 2013

Percubaan papagomo untuk buat lawak bangang kantoi

Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com

Malaysiakini melaporkan:
Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada perniagaan menjual pakaian.

Laporan laman Sinar Harian Online menyebut, pengendali blog berkenaan mengumumkan perkara itu di laman media sosial Twitter pada hari Isnin lalu.

"I'm done (saya sudah habis). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini.

"Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. - Mkini
Tobat lahom aku tak percaya blogger penchachai Umno BN yang paling hebat memfitnah ni betul-betul nak bersara. Tentu punyalah aksi bangang dia ni sebahagian dari usaha dia untuk selamatkan diri dari saman RM100juta Anwar Ibrahim. Kes saman dia RM10juta dengan Husam pun difail semula.

Hari ni tembelang lawak bangang dia dah kantoi. Rupa-rupanya dia bukan nak bersara betul-betul tapi cuma nak buat blog baru. Blog baru tu bukan lagi guna nama papagomo tapi guna nama dia yang sebenar, Wan Muhammad Azri.
Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum kepada pembaca yang telah sampai kepada blog saya ini. Hari ini 24 hb Mei 2013 saya telah membina sebuah laman blog atas dengan nama Sir Azri. Laman blog pertama saya ini dibina atas faktor keterujaan saya untuk bersama orang orang Melayu yang cintakan dan sayangkan tanah air ini. Sebelum saya melangkah untuk menghasilkan artikel artikel melalui blog ini adalah lebih baik sekiranya saya menjelaskan sedikit latar belakang saya kepada semua pembaca.

Nama saya Wan Muhammad Azri dan merupakan anak Melayu yang lahir di Pasir Puteh Kelantan dan membesar di Johor Bahru. Saya sudah berkahwin dan setakat ini mempunyai dua orang puteri. Saya merupakan Ketua Eksekutif Syarikat KL POS MEDIA & PRODUCTION SDN BHD yang menjalankan urusan perniagaan Media dan Production. Pendidikan saya hanyalah setakat SPM namun waktu ini saya sedang mengikuti pembelajaran jarak jauh untuk memperkasakan diri saya sebagai anak Melayu yang berilmu. - MalayRights.
Bukan saja blog baru tapi cara penulisan pun berbeza, takdak lagi maki hamun macam blog papagomo. Berapa lama sangat dia boleh bertahan cara penulisan macam tu. Harap dia tak tersasul terlalu awal pasai tentu punya ada yang pantau blog dia ni.

Cumanya kalau dia ingat dengan buat blog baru macam tu dia boleh berlepas tangan dengan blog papagomo.com dia silap besar la. Pasainya bukti cukup jelas untuk kaitkan nama Wan Muhammad Azri  dengan blog papagomo.com. Malah ramai yang sanggup jadi saksi untuk buktikan kaitan dia dengan blog papagomo.com

Harakahdaily pada 25 Mac melaporkan:
Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu - Hrkh.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...