Sebagai ahli PAS, aku harap PAS terutamanya melalui Pusat Penyelidikan PAS, buat kajian mendalam pasai isu ni dengan perkembangan dan hujjah-hujjah semasa, bukan sekadar ambik hukum bulat-bulat dari apa yang tercatat dalam kitab kuning.
SinarHarian melaporkan:
PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.Sebelum ni Sinarharian ada melaporkan:
"Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak.
"Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. - Ibid.
Permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai Pakatan Rakyat perlu diberi pertimbangan dengan sebaik-baiknya, kata pengerusi DAP Karpal Singh. - Sinarharian.Secara peribadi, aku cukup sokong kenyataan Karpal Singh tu, permohonan PSM tu patut ditimbang sebaik-baiknya, dikaji sedalam-dalamnya dengan alasan untuk menumbangkan Umno BN dalam PRU14 nanti sebagai antara paksi utama kajian dan pertimbangan.
Cuma yang aku mushkilnya, apa alasan permohonan PSM tu ditolak oleh mesyuarat ahli Majlis Tertinggi PR tu. Aku rasa ahli dan penyokong Pakatan Rakyat ada hak untuk tau alasan tu, adakah atas alasan prinsip ataupun semata-mata alasan politik.
Aku boleh setuju kalau permohonan PSM sebelum ni ditolak atas alasan politik, memang agak memayahkan jentera pilihanraya diperingkat akar umbi nak menjawab kalau Umno BN spin isu 'PR sokong komunis' contohnya atau paling kurang pun PAS bersekongkol dengan 'parti Karl Max'.
Tapi memandangkan PRU13 dah habih, kalau alasan tu jadi alasan permohonan PSM ditolak pada aku rasanya dah tak berapa nak relevan.
Kalau alasan PSM tu parti Karl Marx macam alasan pasai apa PAS letak calon di Dun Kota Damansara aku rasa alasan tu tak berapa kuat, pasainya PSM awal-awal lagi mempertikaikan alasan Presiden PAS tu.
Malaysiakini melaporkan:
"Kita mahu tanya, adakah Hadi merujuk kepada kami? Jika benar, tunjukkan bukti (bahawa PSM parti Marxis)," katanya dalam satu sidang media di Kota Damansara.Kalau atas alasan ideologi sosialis tu menolak Islam PAS guna untuk tolak permohonan PSM menyertai Pakatan Rakyat rasanya tak jauh bezanyha kut dengan DAP malah aku rasa dengan PKR yang ramai ahlinya mengaku Islam pun tak jauh sangat kut ketinggalannya PSM tu.
Presiden PSM Nasir Hashim juga menyatakan kekecewaan ke atas kenyataan Hadi itu.
"Kami dukacita dengan dakwaan tidak berasas ini. Al-Quran menyatakan bahawa fitnah itu lebih zalim daripada membunuh," katanya. - Mkini.
Kalau undang-undang hudud boleh dijadikan kayu pengukur, DAP sampai hari ni masih keras menolak hudud malah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR pun tak masih berani berterus terang nak sokong PAS atau nak sokong DAP dalam isu hudud tu.
Jadinya, aku harap Pakatan Rakyat boleh pertimbangkan semula permohonan PSM tu yang sepatutnya didahului pertimbangan tu dalam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat terutama sekali PAS.
Sebagai ahli PAS, aku harap PAS terutamanya melalui Pusat Penyelidikan PAS, buat kajian mendalam pasai isu ni dengan perkembangan dan hujjah-hujjah semasa, bukan sekadar ambik hukum bulat-bulat dari apa yang tercatat dalam kitab kuning.
Berkaitan
- Apa beza sosialis dan komunis? - S Arutchelvam (Mkini)
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis