Aku bukan peduli pasai depa nak angkat sumpah tu, tapi yang cantiknya pasai pada tarikh tu dah ada yang merancang satu lagi himpunan yang tentu punya KOMPOM 'HARAM'.
Selangorku melaporkan:
SHAH ALAM, 8 JUN : Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya.
Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti. - Selangorku.
Alasan kemungkinan ditunda ke tarikh tu pasai mungkin Padang Merbuk dah ada yang booking lebih awal kut.
Selangorku juga melaporkan:
“Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu.Kalau ditengok tweet Che'guBard nampak macam harapan nak ditunda tu cukup besar.
“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen. - Ibid.
Elok jugak kalau betul ditunda ke minggu depannya. Yang pertama pasai aku memang kompom takkan turun kalau dibuat pada 15 Jun.
Yang kedua macam yang Che'guBard kata, tarikh tu dekat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen. Aku bukan peduli pasai depa nak angkat sumpah tu, tapi yang cantiknya pasai pada tarikh tu dah ada yang merancang satu lagi himpunan yang tentu punya KOMPOM 'HARAM'.
9.00 mlm (23 Jun)Boleh la stay kat KL lepas lepak kat Padang Merbuk tu untuk tunggu demo 23 Jun pulak, tu pun kalau takdak apa-apa berlaku pada 22 Jun tu la...
- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Ucapan aktivis
- Persembahan aktivis seni
- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.
8.00 pagi (24 Jun)
- Ketibaan Ahli Parlimen
- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)
- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.
- Kenyataan media bersama
- Menilai jumlah kekuatan (*)
- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin. - Blog Aduka.
Apa pun, harap pihak penganjur cepat sikit buat keputusan untuk tunda atau tak, kesian terutama sekali kat kaki demo yang terpaksa ambik cuti, senang depa nak merancang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis