Petanda kerajaan Najib bersungguh nak lawan kebangkitan rakyat kali ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 18, 2013

Petanda kerajaan Najib bersungguh nak lawan kebangkitan rakyat kali ni?

Kalau masa sebelum PRU13 dulu kerajaan mungkin tak berapa berani nak ambik tindakan yang 'radikal' pasai takut akan bagi kesan masa PRU13 tapi bila dah habih PRU13 ni rasanya dah takdak sebab kut kerajaan Najib nak berlembut lagi.

Malaysiakini melaporkan:
Aktivis pelajar Adam Adli ditangkap di Bangsar Utama hari ini dan akan disiasat di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.

Menulis dalam twitternya awal pagi ini, Adam berkata dia ditangkap di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang. - Mkini.
Laporan terkini dari Facebook katanya Adam Adli dah pun ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.
Semalam TheMalayianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 17 Mei — Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia itu tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen di sini.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 9 (5) dalam akta sama, Nik Nazmi boleh didenda sehingga RM10,000 yang boleh menyebabkan beliau hilang kerusi DUN Seri Setia. - TMI.
Penangkapan Adam Adli rasanya untuk bagi signal yang cukup jelas kepada aktivis muda terutamanya golongan mahasiswa manakala dakwaan ke atas Nik Nazmi pulak bagi signal yang serius kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali yang bergelar YB.

Nampak gayanya Kerajaan Umno BN dah buat persediaan nak bendung bersungguh-sungguh bantahan rakyat atas penipuan PRU13. Kalau masa sebelum PRU13 kerajaan mungkin tak berapa berani nak ambik tindakan yang radikal pasai takut akan bagi kesan masa PRU13 tapi bila dah habih PRU13, rasanya dah takdak sebab kut kerajaan Najib nak berlembut lagi.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak akan berkompromi tetapi akan mengambil tindakan tegas ke atas Pakatan Rakyat (PR) jika mencetuskan kekecohan di jalanan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Akhbar harian pro-Umno, Utusan Malaysia melaporkan Ahmad Zahid (gambar) berkata hari ini pencegahan lebih baik daripada merawat, ia susulan berpuluh ribu orang ramai membanjiri enam siri jelajah PR seluruh negara ke atas dakwaan penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

“Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas,” kata Ahmad Zahid yang dipetik berkata di muda depan akhbar berbahasa Melayu. - TMI.
Kalau ditengok kepada kehadiran himpunan Blackout yang dibuat sebelum ni, memang patut pun Umno BN rasa gerun.

Maslaysiakini pada 15 Mei pula melaporkan:
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan yang mengajak rakyat turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan yang sah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan penganjur yang melakukan provokasi bertujuan menghasut rakyat adalah salah di sisi undang-undang negara serta boleh menimbulkan kekacauan.

"Itu memang satu ucapan yang berbahaya, yang berbentuk provokasi untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya... dalam perundangan negara kita tidak boleh sesiapa menukar kerajaan melalui cara yang tidak demokrasi, ia mesti dilakukan
dengan cara demokrasi," katanya.

Ismail berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sudah memikirkan cara yang terbaik bagi menangani situasi tersebut termasuk mengambil tindakan yang bersesuaian ke atas penganjur yang cuba menimbulkan huru-hara.

"Polis akan ambil langkah pencegahan... sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sah adalah menyalahi undang-undang," katanya. - Mkini.
Ada yang kata perlantikan Khalid Abu Bakar jadi Ketua Polis Negara yang baru pun pasai tu jugak pasainya Ismail Omar dilihat saebelum ni terlalu berlembut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...