Tapi, taktau la pulak kalau pimpinan PAS masih menganggap ahli PAS di peringkat akar umbi masih belum layak untuk pilih pimpinan diperingkat pusat. Kalau betul ahli PAS belum layak, maknanya kepimpinan PAS selama ni gagal membentuk ahli sendiri mencapai standard yang sepatutnya.
TheMalaysianInsider melaporkan:
PUTRAJAYA, 16 Mei — Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) menyifatkan pemilihan kali ini lebih demokratik kerana pemilihan pemimpin tidak terletak di tangan sekumpulan perwakilan seperti sebelumnya. - TMI.
Aku harap sangat PAS tiru Umno dalam bab pemilihan ni. Tak salah kut tiru Umno dalam kaedah yang cukup baik macam kaedah ni.
Memang la PAS takdak masalah macam Umno yang terpaksa buat pemilihan cara ni untuk bendung rasuah masa pemilihan yang semua orang tau sapa-sapa yang dapat jadi G7 memang sangat-sangat loaded dengan duit rasuah beli undi depa.
Tapi pada aku, PAS perlu bergerak seiring dengan era teknologi maklumat sekarang ni, di mana ahli PAS diperingkat akar umbi memang mampu buat pemilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang depa boleh dapat dihujung jari depa.
Aku cukup yakin, bila lebih ramai yang terlibat dalam proses pemilihan, hasilnya akan jadi lebih baik dan tentunya ahli diperingkat akar umbi akan cukup berpuas hati dengan keputusan pemilihan cara tu.
Tapi, taktau la pulak kalau pimpinan PAS masih menganggap ahli PAS di peringkat akar umbi masih belum layak untuk pilih pimpinan diperingkat pusat
Kalau betul ahli PAS belum layak, maknanya kepimpinan PAS selama ni gagal membentuk ahli sendiri mencapai standard yang sepatutnya, takkan kut dengan usia PAS yang hampir mencecah 60 tahun pun masih gagal membentuk ahli sendiri.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis