Aku cukup yakin, kalau dakwat tu betul-betul kekal Umno BN dah tumbang dalam PRU13, pasainya depa menang tu pasai hantu boleh mengundi. Memang la aku takdak bukti tapi takdak bukti tak semestinya benda tu takdak.
mStar melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.
Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.
Pasukan itu juga akan meneliti hasil ujian yang telah dibuat sebelum dan selepas dakwat itu dihantar ke Malaysia. - mStar.
Inilah cara SPR untuk 'tutup mulut' rakyat yang tak puas hati dengan dakwat kekal yang tak kekal yang SPPR guna untuki PRU13 lalu ataupun sekurang-kurangnya untuk bagi sejut isu tu.
SPR sebenarnya dah tak boleh jawab dah, jawapan yang SPR bagi sebelum ni yang kata dakwat tu tak kekal pasai petugas SPR lupa nak goncang dakwat tu 30 saat langsung tak boleh diterima.
Nak terima macamana pasai memang terbukti alasan tu mengarut. Kalau takat masa pengundian awal saja dakwat tu mudah hilang mungkin la, tapi masa pengundian awam pun dakwat tu tak kekal jugak, takkan semua petugas SPR masa pengundian awam pun lupa nak goncang jugak.
Ada kawan aku yang jadi Ketua Tempat Mengundi ambil inisiatif mengoncang sendiri dakwat tu dan dia goncang bukan 30 saat tapi lebih seminit, tapi hasilnya tetap boleh hilang bila dibasuh dengan sabun.
Memang la elok dan patut sangat SPR tubuhkan pasukan khas untuk siasat dakwat kekal yang tak kekal tu. Cuma masalahnya berapa lama tempoh siasatan tu tak pulak disebut. Aku yakin tempoh siasatan tu akan ambil masa sekurang-kurangnya sampai isu dakwat kekal yang tak kekal ni sejuk kalaupun mungkin tak lama sampai semua orang dah lupa sapai dakwat tu.
Malah tak mustahil SPR akan 'buat-buat lupa' pasai pasukan khas ni dan tak umumkan langsung hasil siasatan, tambah-tambah pulak kalau takdak sapa tanya.
Apa pun, aku yakin dakwat tu memang sengaja dibuat sedemikiian lupa, maksud aku memang saja depa buat dakwat tu tak kekal supaya pengundi hantu masih boleh beraksi celaka untuk mengundi atas nama orang lain.
Jugak untuk alih tumpuan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat supaya sibuk nak cuci dakwat tu bagi hilang jugak lepas tu sibuk pulak sembang pasai kejayaan dia cuci dakwat kekal tu dan hasilnya lebih mudah untuk jentera khas Umno BN untuk buat kerja menipu.
Aku cukup yakin, kalau dakwat tu betul-betul kekal Umno BN dah tumbang dalam PRU13, pasainya depa menang tu pasai hantu boleh mengundi. Memang la aku takdak bukti tapi takdak bukti tak semestinya benda tu takdak.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis