Aku tak pasti sangat bab memudaratkan kestabilan negara tapi yang pastinya penahanan Adam Adli tu memang nampak jelas mengujudkan perpaduan kaum di negara ni bila ramai rakyat Malaysia dari semua kaum bersatu hati berhimpun ramai-ramai depan balai polis Jinjang.
Sinarharian melaporkan:
Polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan spekulasi berhubung rakaman gambar Adam Adli Abdul Halim, 23, dalam keadaan bergari yang tersebar luas di media sosial.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan dalam satu kenyataan semalam, menafikan dakwaan yang mengatakan gambar tersebut dirakam di lokap berpusat Kuala Lumpur Jinjang.
"Gambar itu tidak dirakam di lokap di sini. Jika spekulasi berhubung rakaman gambar itu tidak dihentikan segera ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya. - Sinarharian.
Nampaknya polis pun dah tak dapat nak sorokkan lagi kecuakan depa dengan pengaruh yang Adam Adli bawa lepas dia kena tangkap hari Sabtu lepas.
Hebat tak hebatnya pengaruh Adam Adli ni gambar dia bergari saja pun dah boleh memudaratkan kestabilan negara.
Aku tak pasti sangat bab memudaratkan kestabilan negara tapi yang pastinya penahanan Adam Adli tu memang nampak jelas mengujudkan perpaduan kaum di negara ni bila ramai rakyat Malaysia dari semua kaum bersatu hati berhimpun ramai-ramai depan balai polis Jinjang. Semua bersatu hati gesa polis bebaskan Adam Adli.
Yang ramai orang heran dan persoal pasai apa Adam Adli digari sedangkan pemberontak yang ditahan di Lahad Datu hari tu tak pulak digari, padahal tara mana bahayanya Adam Adli sampai perlu digari berbanding pemberontak di Lahat Datu yang katanya sampi ada yang kena penggal kepala,
Kalau nak dikira SOP, tentulah SOP untuk pemberontak yang terpaksa 3 batilion askar kepung tu lebih ketat berbanding SOP untuk tahanan kes politik.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis