Himpunan 505 di Dataran PJ (Timeline, video dan gambar) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Saturday, May 25, 2013

Himpunan 505 di Dataran PJ (Timeline, video dan gambar)

Harap-harap takdak watercanon dan pasukan penembak gas pemedih mata tak beraksi kali ni. Kalau ada memang aku menyesal tak hadir sama program kali ni.

Aku ponteng himpunan kali ni, malah himpunan Blackout kat mana pun sebelum ni takdak yang aku pi. Bukan boikut atau tak setuju cumanya kalau takat program ceramah macam tu aku tak pi pun tak rasa ralat.

Pasainya aku bukan minat pi ceramah pun selama ni. Aku pi cuma ceramah yang aku terlibat anjurkan. Kalau aku pi pun ceramah yang bukan anjuran aku, mesti ada sebab lain macam kalau nak cari member contohnya . Jadinya kira standard la kalau aku tak pi himpunan 'pesta' kali ni pun.  
Kat bawah ni laporan lintas langsung aku salintampal dari mStar.
Berikut ialah perkembangan langsung Himpunan Rakyat 505:

11:50 malam: Himpunan berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku.

11.25 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil di kerusi yang berlaku penipuan.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak akan menerima keputusan PRU-13 kerana Pakatan sepatutnya menjadi kerajaan yang sah.

Aktres Abby Abadi turut hadir menyampaikan ucapan

11.00 malam: Semua lampu dipadamkan dan hanya lampu daripada telefon bimbit sahaja dinyalakan ketika aktivis pelajar Adam Adli menyampaikan ucapannya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima keasih kepada mereka yang menyokongnya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir lama kerana perlu pulang ke Pulau Pinang segera untuk melawat ibunya yang sedang sakit.

10.50 malam: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapannya. Beliau berkata Pakatan Rakyat telah meraih kemenangan moral pada pilihan raya namun masih banyak usaha lagi yang perlu dilaksanakan.

10.30 malam: Naib Presiden PKR, Tian Chua dan aktivis Haris Ibrahim tampil di pentas dengan menyatakan mereka tidak takut dengan polis. Kedua-dua mereka ditahan oleh polis berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Ito daripada kumpulan Blues Gang turut menghiburkan hadirin dengan lagu Apo Nak Di Kato.

10.15 malam: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anar Ibrahim tiba di tempat himpunan.

9.30 malam: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengkritik Pengerusi SPR dalam ucapannya.

Pihak penganjur turut menemui objek pelik dalam tabung derma antaranya ialah kad kredit dan kunci kereta.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingkatkan SPR bahawa mereka berkhidmat dengan rakyat dan bukannya kepada Barisan Nasional.

9.15 malam: Penyanyi Dayangku Intan menyampaikan beberapa buah lagu untuk membangkitkan semangat peserta. Hujan mulai turun namun hadirin dilihat terus kekal duduk di atas padang.

9 malam: Bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dalam ucapannya menggesa agar daftar pemilih dibersihkan.

8.50 malam: Himpunan disambung semula dengan peserta berkabung selama seminit sebagai tanda 'kematian demokrasi'. Mereka yang hadir turut menyalakan lampu di telefon bimbit dan pemetik api masing-masing.

7.20 petang: Himpunan dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada Azan Maghrib.

7.15 petang: Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard menyampaikan ucapannya yang menggesa SPR digantikan.

Peserta Himpunan Rakyat 505 mula berkumpul seawal pukul 4.25 petang sebelum himpunan bermula.

7.00 petang: Peserta himpunan masih berada dalam keadaan terkawal setakat ini. Mereka masih lagi duduk untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin pro-pembangkang.

Peniaga turut mengambil kesempatan meraih untung dengan menjual makanan ringan dan minuman kepada hadirin.

Timbalan Pengerusi Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Rashid Mansor memberitahu hadirin agar terus menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

6.30 petang: Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan trafik di persimpangan menghala ke padang tersebut.

6.00 petang: Kira-kira tiga per empat daripada padang dipenuhi dengan peserta himpunan dan pihak pengajur meminta orang ramai memberikan derma ikhlas mereka.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberikan sumbangan mereka bagi membantu jentera parti.

5.52 petang: Trafik masih lagi berjalan lancar bagi semua laluan menghala ke Padang Timur. Polis trafik turut dilihat mengawal keadaan lalu lintas.

5.40 petang: Ramai peserta membawa bendera parti komponen Pakatan Rakyat di padang. Pihak penganjur dan peserta melaungkan slogan: "Kami rakyat Malaysia menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab kepada Parlimen."

Bekas Imam Masjid Kg Pandan, yang dipenjara kerana membaling kasut kepada hakim, turut menyampaikan ucapannya. Beliau menggesa orang ramai 'tidak perlu takut' menyatakan pendirian mereka.

5.30 petang: Penceramah pertama yang tampil di pentas ialah Safwan Anang daripada Solidariti Anak Muda Malaysia.

5.24 petang: Ribuan peserta, kebanyakannya memakai baju berwarna hitam, mereka berkumpul di Padang Timur dan berarak menuju ke tempat himpunan Suara Rakyat 505. Pihak penganjur mula menyambut ketibaan para peserta dan lagu Negaraku turut dimainkan.

5.15 petang: Acara bermula dengan pengacara majlis memaklumkan himpunan berkenaan diadakan bagi membaik pulih Suruhanjaya Pilihan Raya, mengadakan pilihan raya baru di kawasan yang mereka dakwa berlakunya manipulasi undi.

Penyokong himpunan Suara Rakyat 505 mula berkumpul hingga menyebabkan sepanjang jalan masuk ke Padang Timur sesak sejak pukul 4.45 petang. 4.25 petang: Peserta himpunan yang memakai baju serba hitam mula berpusu-pusu turun di stesen LRT Taman Jaya dan beberapa kawasan sekitarnya untuk bergerak ke tempat Himpunan Rakyat 505.

Penjual barangan dan cendera hati mula membuka gerai untuk menjual kemeja-T, Himpunan 5050 berhampiran dengan stesen LRT. - mStar
Kat bawah ni video suasana himpunan oleh KiniTv


Harap-harap takdak watercanon dan pasukan penembak gas pemedih mata tak beraksi kali ni. Kalau ada memang aku menyesal tak hadir sama program kali ni.


 
Kredit gambar: Greenbox

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

1 comment:

  1. sama la kita, klau setakat ceramah baik gua layan game kat umah,

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak, tapi kalau MENCARUT kompom aku anggap spam... Hahaha...

SEGALA KOMEN ADALAH TANGGUNGJAWAB PENGKOMEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Page Number