Kalau dia boleh menang jawatan Presiden PKR, bukan takat nak jadi MB, jadi Perdana Menteri Malaysia pun dia ada peluang.
Harakahdaily melaporkan:
SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis, jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. - Hrkh.
Cerita bab cita-cita Azmin nak jadi MB Selangor kita dah boleh tutup buku la kut, paling kurang pun untuk tempoh sampai PRU14 nanti kecuali kalau ada sesuatu yang miracle berlaku.
Harakahdaily juga melaporkan:
Sehingga kini, menurut maklumatnya, ketiga-tiga ketua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan ada dalam senarai Exco ini.Dan kalau tengok ke laporan Harakahdaily tu, angan-angan Azmin nak jadi Exco kanan pun dah hancur lebur berkecai, kalau Exco pun tak masuk dah tentu la mustahil jadi Exco kanan.
Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor (Adun Meru), Azmin Ali Pengerusi PKR Selangor (Adun Bukit Antarabangsa) dikatakan tidak tersenarai dalam barisan Exco ini walaupun merupakan seorang Adun. - Ibid.
Lebih malang bagi Azmin bila 'perjuangan' dia supaya 'ghanimah' di Selangor dibedak-bedak dikalangan aktivis parti pun tak berjaya.
Bukan takat Khalid Ibrahim MB Selangor tak setuju, Anwar Ibrahim yang selama ni tempat Azmin berlindung di belakang dia pun menghentam 'perjuangan' Azmin tu dan disokong pulak oleh DAP.
Roketkini melaporkan:
DAP menyokong penuh cadangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kuota parti tidak boleh diagihkan dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membuktikan Pakatan Rakyat (PR) satu gabungan parti yang benar-benar telus dan jujur untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa. - Roketkini.Apa pun Azmin ada satu lagi jalan untuk merialisasikan impian dia tu iaitu bertanding kerusi Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung tahun ni.
Kalau dia boleh menang jawatan Presiden PKR, bukan takat nak jadi MB, jadi Perdana Menteri Malaysia pun dia ada peluang.
Kalau ditengok kepada kekuatan jaringan orang-orang di diperingkat akar umbi dan ditambah pulak lagi dengan kekuatan yang dia ada untuk bagi duit untuk beli undi macam apa yang berlaku masa pemilihan yang lepas, memang Azmin ada harapan besar untuk menang kalau dia bertanding kerusi presiden sekali pun.
Kalau 'perjuangan' dia untuk paraid 'ghanimah' dikalangan ahli parti berjaya, tentu punya dia boleh memang bergaya dalam pemilihan akan datang.
BTW, aku tak tuduh Azmin beli undi masa pemilihan yang lepas, aku cuma ulang apa yang member-member aku dalam PKR bagitau kat aku. betul ka dak aku tak tau. Harap-harapnya tak betul la, pasainya kalau betul takkan Umno taktau dan tak teringin main isu sensasi macam tu.
Tapi ada pulak member PKR bagitau yang Umno takkan main isu yang bersangkut dengan Azmin pasai Azmin adalah trojen horse Mahathir dalam PKR.
Main dengan andaian dan persepsi dalam politik ni memang boleh bagi kepala pening... hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis