Aku tak percaya kat Azmin sejak zaman reformasi lagi bila mana semua pemimpin Keadilan waktu tu jatuh sengkek bila dah tak boleh cari makan dengan Umno tapi Azmin pulak boleh renovate rumah dia yang khabar anginnya bernilai jutaan ringgit.
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.
Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, beliau akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.Kalau betul dia tak berhasrat untuk keluar dari PKR mungkin kut dia berhasrat supaya dia dipecat dari PKR macam Zulkifli Nordin. Kalau tak, pasai apa dia punya statement pelik sampai macam tu sekali. Tak pernah kut selama ni dia kritik PKR.
“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.
“PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya,” katanya.- Ibid.
Kalau ada pun mungkin dia kritik tapi tentu tak sampai tahap 'belasah' Anwar Ibrahim, pemimpin agung lagi suci murni bagi kebanyakkan orang PKR.
mStar pula melaporkan:
Azmin, yang dipilih semula sebagai Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dalam pengundian yang diadakan pada Ahad, berkata beliau akan mendedahkan mengenai isu dalaman parti itu dalam sidang media yang akan diadakan pada Jumaat.Tak cukup dengan tu, Azmin secara terbuka menyalahkan Presiden PAS sebab PKR gagal menang kerusi terbanyak dengan kekalahan calon PKR di Kota Damansara selain menyalahkan PSM atas kekalahan calon PKR di Dun Semenyih.
Beliau akan menerangkan isu nepotisme dalam PKR dan apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008. - mStar.
MalaysianInsider melaporkan:
"Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden ... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut. - TMI.Aku pun tak nafikan kebenaran tuduhan dia tu tapi masalahnya isu tu pada aku tak berapa nak relevan. Pasainya kalaupun PKR menang 16 kerusi termasuk Kota Damansara dan Semenyih, aku yakin PAS dan DAP akan tetap cadangkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.
Apa pun, prejudis aku kat Azmin cukup tinggi malah aku tak percaya kat Azmin sejak zaman reformasi lagi bila mana semua pemimpin Keadilan waktu tu jatuh sengkek bila dah tak boleh cari makan dengan Umno tapi Azmin pulak boleh renovate rumah dia yang khabar anginnya bernilai jutaan ringgit.
Dan aku tak heran langsung kalau ada yang tuduh besar Azmin sebenarnya adalah ejen Umno dalam PKR.
Mungkin kut 'tugas' dia tamat bila PRU13 berakhir dan apa yang dia sedang buat sekarang ni adalah 'tugasan terakhir' dia.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis