Sumber: Malaysiakini |
Memang itupun yang Zul Nordin nak sangat. Kalau harap dia melompat keluar macam 'katak'2 yang lain tu, entah bila nak jadi pun taktau. Bila dah kena pecat ni, Pkr khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya tak payah lagi nak 'bertapis-tapis' bila bercakap berkenaan Zul Nordin ni.
Selepas ni dah tentu dah berkoyan-koyan dia kena maki. Mungkin jugak lepas ni kita ada peluang baca macam-macam cerita yang selama ni mungkin disembunyikan pasai kononnya nak jaga nama Pakatan Rakyat.
Malaysiakini melaporkan:
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.Apa pun, aku masih ada sikit lagi respek kat YB Zulkifli Nordin ni. Paling kurang pun aku kena respek dengan 'ketetapan pendirian' dia. Kalau nak banding dia ni dengan para 'katak' yang melompat keluar baru-baru ni, memang jauh sangat laa.
Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. - Malaysiakini
Aku yakin ramai lagi yang akan respek dia kalau dia ambik keputusan letak jawatan. Tapi kalau dia letak jawatan dia nak 'bersuara' sebagai apa pulak lepas ni? Ada ka orang nak dengar lagi?
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash
Iklan text di sini, cuma RM10