BERITA PANAS - Azmin dan 11 Ahli Parlimen akan tinggalkan PR? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 09, 2013

BERITA PANAS - Azmin dan 11 Ahli Parlimen akan tinggalkan PR?

Kalau berita ni betul dan Azmin betul-betul keluar tinggalkan Pakatan Rakyat pun aku sebenarnya langsung tak heran, langsung tak terkejut. Pasainya sejak dari dulu hingga sekarang pun prejudis aku dengan Azmin ni sangat-sangat tinggi.

Yahoo News melaporkan:
Anwar Ibrahim’s right-hand man Mohamed Azmin Ali is purportedly set to ditch Parti Keadilan Rakyat and the Pakatan Rakyat coalition.

According to party sources, the 49-year-old politician wants to leave the coalition ‘due to his dissatisfaction over the allocation of Selangor state executive committee seats among Pakatan members.’

It is believed that 11 senior Pakatan figures – said to be newly elected Members of Parliament - are set to follow Azmin out the door. - Yahoo News.    
Ni apa cerita pulak ni? Takkan kut YahooNews ambik cerita ni dari tepi longkang kut.

Aku harap sangat berita ni cuma sekadar khabar angin palsu, tapi kalau berita ni betul dan Azmin betul-betul keluar tinggalkan Pakatan Rakyat pun aku sebenarnya langsung tak heran, langsung tak terkejut. Pasainya sejak dari dulu hingga sekarang pun prejudis aku dengan Azmin ni sangat-sangat tinggi.

mStar pulak melaporkan:
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).

Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas. - mStar.

Persoalannya, kalau betui, sapa-sapa lagi yang akan ikut Azmin? Mungkin Zuraida salah seorang kut? Mansor Othman kalau ikut sekali pun cantik jugak.  Ada lagi beberapa orang yang dalam senarai prejudis aku tapi tak payah la aku sebut kut...

Apa sangat kalau setakat nak kena bayar RM5juta tu sebagai syarat nak bertukar jadi katak tu? Bila-bila masa Najib Rosmah boleh tolong cari sponsor.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...