Buah salak masak sepiring, lima orang dalam perahu, seekor si jalak seekor si biring, ayuh bertarung kalah menang belum tentu.
Limau bentan masak ditingkap, budak-budak melempar beruk, harimau dihutan lagi ditangkap, inikan pula cicak mengkarung.
Limau bentan masak ditingkap, budak-budak melempar beruk, harimau dihutan lagi ditangkap, inikan pula cicak mengkarung.
TheMalaysianInsider melaporkan:
JOHOR BAHARU, 7 April — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) dijangka bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-13 berdasarkan status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, semalam.
Meskipun belum diumum secara rasmi oleh pucuk pimpinan PAS, status yang dimuat naik bekas Anggota Parlimen Kubang Kerian itu pada kira-kira 8 malam, sedikit sebanyak menjawab pertanyaan sama ada beliau bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. - TMI.
Juga dilaporkan:
Antara kawasan yang sering disebut beliau termasuk DUN Nusajaya, DUN Putri Wangsa dan Parlimen Tebrau, sebelum memilih Parlimen Pulai. Pada pilihan raya umum lepas, kawasan P161 Pulai dimenangi Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti 20,499 undi menewaskan calon PAS Abdullah Idris.Memang tak dinafikan johor adalah kubu kuat Umno, Salahuddin sendiri mengakui fakta tu tapi itu mungkin situasi dulu, untuk PRU13 nanti belum tentu lagi.
Jika benar Salahuddin ingin bertanding di Parlimen itu, beliau dilihat seakan-akan sengaja 'menggali kubur politiknya' sendiri kerana sokongan pengundi di kawasan berkenaan dilihat lebih memihak kepada BN.
Selain itu, Anggota Parlimen Pulai iaitu Nur Jazlan cukup disenangi penduduk kawasan berkenaan tidak kira Melayu, Cina atau India kerana kerap turun padang dan menjaga kebajikan rakyat di situ. - Ibid.
Juga dilaporkan:
Salahuddin berkata sebagai anak Johor, beliau sedar bukan mudah untuk bersaing dengan BN mahupun Umno kerana negeri ini sememangnya dikenali sebagai kubu kuat parti itu.Bukan Pakatan Rakyat saja yang yakin akan ada perubahan di Johor tapi Muhyiddin Yasin pun seakan-akan mengakuinya.
"Namun, saya rasakan penerimaan rakyat kini berbeza dan kita jangka akan berlaku persaingan sengit dalam pilihan raya di negeri ini nanti," katanya. - Ibid.
MalaysianInsider juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jentera BN tidak seharusnya mengamalkan sikap sambil lewa kerana menewaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan tugas mudah memandangkan pembangkang itu jelasnya tidak akan mudah menyerah kalah dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.Juga dilaporkan:
“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” - TMI.
“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.Juga dilaporkan:
“Tapi kita tak boleh anggap segalanya mudah, pengundi adalah penentu, pengundi adalah raja, boleh buat apa sahaja ... mereka boleh buat apa sahaja tanpa alasan, tiada pihak boleh paksa mereka pilih siapa,” katanya. - Ibid.Nampak sangat laporan tu menggambarkan betapa Muhyiddin sendiri pun cukup gerun dengan kemaraan dan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat dengan mendadak pekada Pakatan Rakyat dan memang tak mustahil Salahuddin akan berjaya diangkat sebagai Menteri Besar Johor yang pertama bukan dari kalangan ahli Umno
Dalam page Facebooknya Salahuddin Ayub menulis:
Ramai yang bertanya bagaimana untuk menjadi Menteri Besar andai bertanding Parlimen. Suka saya tekankan sekali lagi bahawa menjadi Menteri Besar Johor bukanlah agenda saya pulang berkhidmat di kampung halaman. Agenda utama adalah membantu rakan-rakan di sini untuk menumbangkan Sang Penguasa yang zalim. Bagaimanapun, ingin saya umumkan bahawa saya juga di amanahkan untuk bertanding di N49 Nusajaya. Ia amanah yang berat. Doakan saya dan semua rakan-rakan. - Facebook page.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis