Takkan dia tak sedar statement dia tu sebenarnya menempelak Najib Razak yang membentangkan manifesto Barisan Nasional secara langsung selama 180 minit, siap berkempen dan kutuk Pakatan Rakyat lagi.
Malaysiakini melaporkan:
Sepuluh minit waktu ke udara yang ditawarkan kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan manifesto mereka adalah untuk sekali siaran sahaja dan bukannya secara bersiri selama sepuluh minit bagi setiap sesi penerangan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menegaskan demikian, bertentangan dengan kenyataan SPR yang membayangkan Pakatan diberikan sepuluh minit untuk menerangkan setiap aspek manifesto menerusi saluran televisyen kerajaan. - Mkini.
Hujung bulan lepas, Pengerusi SPR bersungguh-sungguh beraksi macam 'si anjing Umno' membelasah membayangkan Pakatan Rakyat semacam bongkak pasai tolak bulat-bulat tawaran Rais Yatim.
Menteri Penerangan yang sebelum ni heboh dikatakan ada isu skandal dengan pembantu rumah tu buat tawaran tawar kepada Pakatan Rakyat siaran dalam RTM selama 10minit untuk teranh berkenaan manifesto.
Sinarharian melaporkan:
“Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.Terima kasih Rais Yatim pasai secara tak langsung tolong membuktikan tindakan Pakatan Rakyat adalah sangat tepat sambil dalam masa yang sama secara tak langsung menempelak Pengerusi SPR yang berlagak tu.
“... memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada dasarnya kita dan dapatkan ruang untuk mereka bercakap,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
“... belum dapat butiran lagi sudah ditolak begitu saja, walhal saya banyak kali turun naik untuk dapatkan ruang siaran itu kepada mereka, mereka sepatutnya hargai, bukan tolak mentah-mentah,” katanya. - Sinarharian.
Yang kesiannya, menteri yang sebelum ni pernah 'bakar jambatan' masa dalam parti Semangat46 sempat lagi beraksi BANGANG.
Malaysiakini juga melaporkan:
Menurutnya, Pakatan boleh menerangkan lima halaman manifesto mereka jika sepuluh minit itu dimanfaatkan sepenuhnya.Tak ka BANGANG punya statement macam tu. Apa dia ingat nak terangkan manifesto macam baca berita ka. Apa barang masuk TV cuma sekadar untuk baca teks. Yang sanggup buat kerja macam tu cuma ahli politik bangang.
"Saya telah membuat ujian dalam sepuluh minit, kita boleh membaca sekurang-kurangnya lima muka surat A4 jarak langkau sebaris.
"Oleh itu tidak ada sebab mengapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka hendak perli RTM," katanya kepada selepas menyampaikan sumbangan netbook 1Malaysia kepada 82 penghibur jalanan di Kuala Lumpur petang tadi. - Ibid.
Lebih BANGANG lagi bila dia juga dilaporkan berkata:
"Ini bukan berkempen ya, ini hanya menerangkan intisari manifesto masing-masing," katanya. - Ibid.Takkan dia tak sedar statement dia tu sebenarnya menempelak Najib Razak yang membentangkan manifesto Barisan Nasional secara langsung selama 180 minit, siap berkempen dan kutuk Pakatan Rakyat lagi.
mStar sebelum ni melaporkan:
KUALA LUMPUR: Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis