Yang aku tak fahamnya pasai apa Ust Azizan sebagai Menteri Besar kerajaan sementara negeri Kedah cepat sangat buat keputusan.
Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.
Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.
Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April untuk anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan; serta pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). - Mkini.
Aku cukup bersetuju bila SPR pilih tarikh pengundian pada hari Ahad, hari yang paling tepat pasai paling sesuai.
Ada yang kata SPR pilih hari Ahad pasai nak menyusahkan negeri Kedah dan Kelantan yang hari Ahad adalah hari kerja.
Hari Ahad adalah yang paling sesuai pasai majoriti pekerja cuti hari Ahad dan sangat tepat pilih hari tu pasai mengutamakan yang majoriti.
Aku ada terbaca dalam Facebook status yang tak puas hati, member tu kata patutnya SPR buat hari mengundi pada hari Sabtu atas alasan semua orang cuti. Aku yakin member tu kerja sebagai kakitangan kerajaan samada di Kelantan atau pun Kedah yang masih kekalkan cuti hari Jumaat berbanding negeri-negeri lain yang cuti hari Ahad.
Nampak sangat member ni cuma fikir pasai diri dia saja yang rasa macam semua rakyat malaysia yang bekerja cuti macam depa, macam jugak member-member aku yang kerja cikgu yang suka sangat pilih cuti sekolah untuk buat program parti.
Kalau buat hari Sabtu yang cuti cuma kakitangan kerajaan dan cuma sebilangan kecil saja syarikat swasta yang cuti dua hari seminggu. Kebanyakkan syarikat swasta cuti cuma sehari seminggu dan kebanyakkannya adalah hari Ahad.
Bab negeri Kelantan dan Kedah yang tak cuti hari Ahad tu sebenarnya bukan masalah besar pasai boleh umumkan hari Ahad 5 Mei tu sebagai cuti umum.
Yang aku tak fahamnya pasai apa Ust Azizan sebagai Menteri Besar kerajaan sementara negeri Kedah cepat sangat buat keputusan
mStar melaporkan:
ALOR SETAR: Kedah tidak akan mengisytiharkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan sebagai cuti umum.Macamana pulak Usdt Azizan boleh kata tak menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi. Walaupun mungkin ramai yang tak terjejas tapi akan ada segolongan yang akan terjejas terutama sekali yang bekerja disektor swasta yang majikan jenis tak faham bahasa yang pentingkan keuntungan semata-mata.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun hari pengundian jatuh pada hari Ahad, iaitu bekerja bagi negeri berkenaan, beliau yakin ia tidak akan menjejaskan pengundi untuk keluar mengundi. - mStar.
Bagi yang tempat mengundi yang agak jauh dengan tempat kerja tentu punya akan terjejas tambah-tambah lagi la untuk yang terpaksa balik kampung untuk mengundi contohnya.
Memang la boleh minta cuti tapi kan ka lebih memudahkan kalau diumumkan hari Ahad tu sebagai cuti umum.
Lagi satu alasan yang Ust Azizan gunakan pun tak berapa cekang.
mStar juga melaporkan:
"Kita tak akan umum hari itu (hari mengundi) sebagai cuti umum.Walaupun kerajaan sementara, takdak masalah kut kalau umum cuti umum. Takdak kut orang yang rasional yang akan marah, Pasainya kalau cuti umum pun bukannya tentu akan menguntungkan. Yang untung adalah rakyat tak kira parti. Umno BN pun tak rugi kut.
"Lagi pun kerajaan sedia ada ini hanyalah sebuah kerajaan sementara," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu. - Ibid.
Jadinya, aku harap sangat Ust Azizan ubah keputusan dia tu dan umumkan hari Ahad 5 Mei tu sebagai cuti umum. Macam tu jugak aku harap TG Nik Aziz akan umumkan jugak hari tu sebagai cuti umum untuk
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis