Nampak macam senang-senang ja RISDA keluarkan dana RM160juta tu untuk bantu Najib Rosmah beli undi. Lepas ni entah duit agensi mana pulak Najib Rosmah nak perabih untuk beli undi.
Bharian melaporkan:
Kuala Lumpur: Bantuan khas RM500 kepada kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara diagihkan mulai esok hingga 2 Mei ini.
Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, berkata agensi itu memperuntukkan RM160 juta bagi penyaluran bantuan itu yang bertujuan meringankan beban pekebun kecil berikutan kejatuhan harga getah di pasaran. - Bharian.
Tobat lahom Najib Rosmah takkan mengaku yang duit RM500 ni untuk beli undi pekebun kecil getak di seluruh negara supaya undi calon Umno BN.
Tapi, realitinya boleh pi tengok sendiri di tempat-tempat pangagihan duit RM500 ni, tentu punya akan ada yang dibuat di markaz BN kalau pun mungkin depa tak buat di pos pondok panas depa.
Habih takdak pun tentu punya akan ada hadir sama calon Umno BN walaupun calon tu langsung takdak kenamengena dengan RISDA ataupun kerajaan. Dah tentu punya ada calon yang terlibat bagi sampul surat RM500 tu.
Taktau la pulak kalau Umno BN buang tabiat, benarkan RISDA bagi duit tu terus ke dalam akaun semua pekebun kecil getah.
Satu lagi, kalau bukan untuk beli undi pasai apa dah penamaan calon dah baru nak bagi. Pulak tu langsung takdak dengar ura-ura nak bagi duit tunai macam tu sebelum ni.
Yang ada pun berita pasai RISDA nak bagi insentif bulanan RM500 selama 4 tahun untuk pekebun yang usahakan tanah tak lebih 2.4hektar.
Utusan melaporkan:
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan insentif itu berkata, buat permulaan, kira-kira 1,000 pekebun kecil getah yang layak di seluruh negara sudah dikenal pasti untuk menerima imbuhan tersebut.Selain tu Sinarharian pulak melaporkan:
Katanya, inisiatif melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) itu hanya melibatkan pekebun kecil yang terlibat dalam program penanaman semula. - Utusan.
SEGAMAT – Sebagai usaha melonjakkan pengeluaran hasil getah, seramai 17,876 pekebun kecil getah di seluruh negara bakal memperoleh manfaat daripada program peningkatan produktiviti yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bermula tahun ini.Lagi satu, kalau bagi sebelum parlimen dibubarkan sama masa dengan bagi BR1M dulu tu pun kira boleh tahan la jugak walaupun memang sah BR1M kali kedua tu memang gula-gula pilihanraya.
“Selain itu, bentuk bantuan di bawah program ini adalah dengan pemberian bantuan peralatan seperti pisau toreh, mangkuk, dawai penyangkut, sudu dan alat pelindung dengan kadar maksimum RM500 sehektar. - Sinarharian.
Lagi pun, kalau nak kira sebab kejatuhan harga getah di pasaran, rasa aku dah lama dah harga getah dipasaran jatuh merudum.
Harakahdaily pada 29 Ogos 2012 ada melaporkan:
BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.Kalau betul sebab kesiankan pekebun kecil getah patutnya duit RM500 ni tahun lepas dah RISDA kena bagi, patutnya tahun ni dah bagi untuk kali ke dua dah macam BR1M jugak.
Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.
Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh. Hrkh.
Kalau aku tersilap aku mintak sapa-sapa yang tau tolong betulkan, mana la tau kut-kut tiba-tiba pemimpin Umno BN buang tebiat, RISDA memang ada bagi sebelum ni tapi pemimpin Umno BN langsung tak canang 'berita baik' macam ni.
Lagi satu yang aku tak puas hatinya, senang-senang ja pemimpin Umno BN perabih duit agensi separa kerajaan macam RISDA ni. Nampak macam senang-senang ja RISDA keluarkan dana RM160juta tu untuk bantu Najib Rosmah beli undi. Lepas ni entah duit agensi mana pulak Najib Rosmah nak perabih untuk beli undi.
Yang aku mushkilnya dalam laporan Utusan tu ada disebut:
''Perkara ini baru dibawa ke Kabinet dan sudah pun diluluskan. Kita amat memahami wujud keadaan yang mana pekebun berdepan kekangan kerana tidak mempunyai pendapatan mencukupi atas pelbagai faktor. - Ibid.Untuk bagi bantuan tunai RM500 ni takdak pulak disebut kabinet dah luluskan. Kalau pun dah di, bila diluluskan, takkan kabinet kerajaan sementara luluskan kot.
Apa pun, kira ok la, nasib baik Pakatan Rakyat kuat, bukan saja dapat insentif duit tunai pun pekebun kecil dapat dari RISDA, kalau masa Umno BN kuat dulu boleh dapat dalam mimpi ja la kut...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis