Sudah-sudah la 'bertengkar' pasai isu kecik macam isu hudud tu, banyak lagi isu lain yang patut dicerita dan disembangkan dengan wartawan tu.
TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 April — PAS hanya akan melaksanakan hukum Hudud melalui proses demokrasi apabila Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya kerana ia adalah perjuangan dan dasar parti Islam berkenaan dan bukannya dasar Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini menegaskan, menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Umno menggunakan isu undang-undang Islam itu bagi memerangkap parti komponen PR bagi menunjukkan wujudnya perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang berkenaan dan untuk memporak-perandakan PR. - TMI.
Sehari dua ni isu perlaksanaan hudud hangat balik. Pemimpin PAS dan DAP dilihat macam bercakaran dalam isu ni.
Masing-masing macam takut hilang undi, pemimpin PAS nampak macam takut hilang undi kalau tak pertahankan perlunya dilaksanakan hudud kalau PR menang manakala pemimpin DAP pulak macam takut hilang undi bukan Islam kalau tak tentang perlaksanaan undang-undang hudud.
Aku heran sungguh la dengan feel pemimpin Pakatan Rakyat ni. Tak boleh ka kalau buat taktau ja dengan isu hudud ni. Tak payah layan la wartawan penchachai Umno BN kalau depa tanya pasai isu hudud tu.
Pasainya semua rakyat Malaysia yang celik politik dah faham. PAS memang nak jugak undang-undang hudud dijalankan manakala DAP pulak memang tak mau.
Pada aku senang ja nak 'tutup mulut' wartawan penchachai macam tu. Majlis Presiden Pakatan Rakyat patut bersidang pasai isu ni dan sediakan satu jawapan standard. Kalau semua pemimpin bagi jawapan standard yang sama aku yakin wartawan pun meluat nak tanya.
Takkan kut pemimpim Pakatan Rakyat yang ada dalam mesyuarat Majlis Presiden tak boleh reka satu jawapan standard yang boleh diterima oleh ke tiga-tiga parti, jawapan yang tak bercanggah dengan hasrat parti masing-masing.
Lagi pun pada aku isu hudud ni tak akan bagi kesan yang besar kepada undi samada kepada calon PAS maupun calon DAP tapi yang akan bagi kesan yang lebih besar adalah isu kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
Tambahan pulak ada perkara yang lebih besar yang akan menentukan undi rakyat terutama sekali berkaitan tawaran Pakatan Rakyat dan jugak kelemahan pentadbiran dan penyelewengan kerajaan pimpinan Umno BN selama ni.
Sudah-sudah la 'bertengkar' pasai isu kecil macam isu hudud tu, banyak lagi isu lain yang patut dicerita dan disembangkan dengan wartawan tu.
Macam yang dilaporkan TheMalaysianInsider, penjelasan Setiausaha Agung PAS tu pada aku cukup jelas dan telus.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
“Ia agenda PAS dan bukan agenda PR. Kalau PAS nak (laksana) kita melalui proses demokrasi ... Ia bukan automatik (terlaksana),” katanya.mStar pula melaporkan:
“Ini tujuan Umno BN adakan isu ini. Saya merayu kepada semua pemimpin PAS dan DAP agar tidak teruskan pertikaian isu ini di media kerana ia beri jalan dan lorong masuk perangkap Umno dan BN,” katanya kepada pemberita, dan menambah polemik ini harus dihentikan kerana ia sudah diselesaikan pada September 2012. - Ibid.
IPOH: DAP sepakat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam hampir semua perkara kecuali penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata setiap parti dalam PR mempunyai pendirian masing-masing dan dalam masa yang sama tidak menolak wujudnya perbezaan pendapat.
"Kita tak nafikan PAS-DAP ada pendirian masing-masing dan kita tak nafikan ada perbezaan. PAS mahu perjuangkan hudud tapi kita DAP ada pendirian kita...kita tak setuju.
"Biarkan kami bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa yang telah disepakati," katanya dalam satu majlis minum petang dekat sini, Sabtu. - mStar.
[sumber imej: The Mole]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis