Cara Ibrahim Al-Kataki nak bodek Najib | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 06, 2013

Cara Ibrahim Al-Kataki nak bodek Najib

Yang untung besar dapat duit rasuah berjuta ringgit cuma Ibrahim Ali sorang, ahli-ahli Perkasa yang kat bawah tetap jugak jadi penchachai kuda tunggangan Ibrahim Ali..

Malaysiakini melaporkan:
Dua 'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.

Katanya rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang. - Mkini.   
Hangpa nampak dak mainan licik versi katak si Ibrahim Ali ni? Saja ja dia bagitau konon dia ada 2 peluru besar tapi tak bagitau apa peluru besar tu.

Inilah beza Ibrahim Ali berbanding katak-katak lain, dia cukup pandai cipta ruang dan peluang.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam esok dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.

"Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur. - Ibid.
Hangpa nampak dak?

Tu cara dia nak jumpa Najib. Takkan Najib tak teringin nak dengar apa 2 peluru hebat Presiden Perkasa tu. Hebat ka dak peluru dia tu tak penting, yang penting dia berjaya jumpa Najib yang tentunya tujuan utama dia nak pujuk Najib bagi dia bertanding kerusi Pasir Mas atas tiket BN.

Taktau la pulak kalau Najib cukup bangang nak percaya auta juara melompat ni sebagai 'winnable candidate' bertanding atas tiket BN walaupun masa PRu12 dulu dia menang majoriti 8,991 undi.

Takkan Najib terlalu bangang untuk tau yang Ibrahim Ali ni dulu menang atas tiket PAS. Orang PAS walaupun tak setuju dia jadi calon tetap jugak akan undi walaupun tak puas hati. Takkan depa nak undi lagi kalau dia bertanding guna lambang dacing.

Tapinya dari sudut lain, mungkin Najib takdak pilihan lain melainkan letak si raja katak ni sebagai calon. Pasainya kalau tidak dia akan bertanding atas tiket bebas yang tentu punya sedikit sebanyak akan pecahkan umdi yang mungkin calon BN boleh dapat.

Senang ceritanya kalau calonkan Ibrahim Ali atas tiket BN harapan untuk kalah memang sangat cerah, orang Umno Pasir Mas sendiri pun belum tentu nak kempen untuk Ibrahim Ali malah mungkin akan buat sabotaj. Umno Pasir Mas tentu ada calon depa sendiri.

Kalau tak calonkan si rasis Perkasa ni pun peluang untuk calon BN kalau lagi besar pasai tentu punya akan ada pertandingan 3 penjuru.

Apa pun, Najib ada pilihan ke 3 iaitu merasuah Ibrahim ali supaya tak bertanding sebagai calon bebas dan kempen pulak untuk calon BN.

Yang untung besar dapat duit rasuah berjuta ringgit cuma Ibrahim Ali sorang, ahli-ahli Perkasa yang kat bawah tetap jugak jadi penchachai kuda tunggangan Ibrahim Ali.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...