Boleh percaya ka janji Najib si mulut merah ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 03, 2013

Boleh percaya ka janji Najib si mulut merah ni?

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya. - Mkini.    
Boleh percaya ka dengan janji Najib tu?

Kalau tengok kepada kerja buat penyokong Umno BN kebelakangan ni terutama kalau ada ceramah atau rombongan bas/trailer masuk kawasan konon kubu kuat depa.

Kalau penyokong Pakatan Rakyat 'melawan' tentu punya ada yang lebam atau luka berdarah kalau pun tak sampai ada nyawa melayang.

Tara masuk kampung depa pun depa dah mengamuk sakan inikan pulak orang 'rampas' negara depa. Depa tak heran sangat kut bab 'rampas' negara tapi aku yakin depa tak boleh terima peluang depa nak melingkup harta negara melalui kabel Umno akan tertutup rapat.

Aku cukup tak percaya 'panglima' yang ada dalam PERKASA nak tengok saja. Taktau la pulak kalau para 'panglima' tu eksen ja lebih.

Aku langsung tak heran kalau ada yang kata penchachai Umno BN dah siap sedia dengan skrip untuk buat huru-hara termasuk pada hari mengundi untuk pastikan Umno BN terus kekal memerintah.

Aku harap kita tak lupa kata-kata Najib pada Perhimpunan Agung Umno tahun 2010 dulu:
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" - Mkini.
Apa pun Harakahdaily pula melaporkan:
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa peralihan kuasa akan berlangsung dengan aman damai selepas pilihanraya umum ke 13.

“Pihak PAS juga memberi jaminan bahawa peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh aman damai,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. - Hrkh.
Pun begitu, aku yakin percaya, puak-puak kepala masam yang belambak dok ada dalam PAS sekarang ni cukup bersedia untuk 'membeli' andai kata pihak dari Umno BN menjual terutama sekali masa hari mengundi.

Kalau setakat juai sekupang dua mungkin depa tak layan tapi kalau bersungguh sangat takkan kut depa sanggup jadi dayus kut.

Apa pun, parlimen dah pun dibubarkan, cuma tunggu SPR tentukan bila hari penamaan calon dan bila pulak hari mengundi yang perlu diadakan dalam masa 60hari dari hari ni.

Bagi yang terlepas pengumuman khas Najib pagi tadi, kat bawah ni aku embed video rakaman, jangan ada yang meluat sampai terajang laptop hangpa sudah la... Hahaha...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...