Imaginasi bangang Dr. Mahathir yang ketinggalan zaman | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 12, 2013

Imaginasi bangang Dr. Mahathir yang ketinggalan zaman

Nak timbul kebencian antara kaum apanya kalau Kit Siang tolong kempen untuk Salahuddin dikalangan orang Cina dan Salahuddin pulak tolong kempen untuk Kit Siang dikalangan orang Melayu.

Mahathir rusuhan kaum
TheMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 April — Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir (gambar) hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. - TMI.   
Nampak gayanya Dr. Mahathir dah jadi macam juru kempen utama Umno BN. Utamanya Dr. Mahatir ni mengalahkan Najib Rosmah, Pengerusi BN merangkap Presiden Umno. Pemimpin-pemimpin Umno BN lain memang jauh ketinggalan.

Dr. Mahathir terpaksa tolong sama berkempen untuk pastikan legasi dia boleh mewarisi kepimpinan negara. Kalau Umno BN kalah pada PRU13 nanti, peluang Mukhriz untuk naik sampai jadi Perdana Menteri memang tertutup rapat.

Cuma masalahnya era politik cara Dr. Mahathir dah ketinggalan zaman. Imaginasi politik dia pun dah ketinggalan zaman. Kalau zaman dia dulu politik perkauman memang resepi terbaik untuk menang. Ramai penganalisa politik kata PRU13 bukn lagi zaman politik perkauman.

Tapi nak buat macamana, mungkin cara itu saja kut yang Dr. Mahathir pandai dan dia pun terus mendendangkan lagu lama.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

“Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. - Ibid. 
Kalau dulu-dulu mungkin la ramai yang akan terpedaya tapi dengan zaman maklumat dihujung jari ni, senang sangat nak patahkan dakyat Dr. Mahathir tu.

Macamana boleh nak kata Lim Kit Siang nak timbulkan kebencian orang Cina ke atas orang Melayu sedangkan dalam Parlimen Gelang Patah tu termasuk Dun Nusajaya yang Salahuddin Ayub akan jadi calon untuk Pakatan Rakyat.

Nak timbul kebencian antara kaum apanya kalau Kit Siang tolong kempen untuk Salahuddin dikalangan orang Cina dan Salahuddin pulak tolong kempen untuk Kit Siang dikalangan orang Melayu.

Lagi satu, Parlimen Gelang Patah cuma ada 54% saja pengundi cina, lain la kalau macam kerusi Ipoh Timur yang 81% pengundi Cina. Mana boleh Kit Siang nak menang kalau tak dapat langsung undi melayu.

Realitinya sekarang ni, tak kira sapa pun penceramahnya, program ceramah PR penuh dengan orang dari berbilang kaum termasuk ceramah Kit Siang yang hadir ceramah tu lebih ramai orang melayu dari orang Cina.

Kalau jadi ketegangan pun, ketegangan tu sebenarnya bukan antara melayu dengan cina tapi antara PERKASA yang kononnya melayu tapi ramai jugak mamak dengan penyokong Pakatan Rakyat yang ada orang melayu, Cina dan India dan tak mustahil ketegangan tu adalah plan dia sendiri.

Pasai tu kut dia sungguh-sungguh sokong Ibrahim Ali bertanding atas tiket BN supaya dia boleh guna ahli PERKASA untuk cetuskan huruhara tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...