Umno BN cuma boleh menang 7 kerusi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 12, 2013

Umno BN cuma boleh menang 7 kerusi?

Patutnya tak payah la sebut pasai hasil kajian mengarut macam ni. Tak kira la sapa pun yang buat kajian tu waima kawan baik sendiri. Tak menguntungkan langsung untuk Pakatan Rakyat.

Anwar Umum khalid bertanding
Keadilandaily melaporkan:
CHERAS 11 APRIL: Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti. - KD.   
Kalau tengok ke laporan Keadilandaily tu langsung takdak unsur-unsur terkejut. Nampak macam hasil tinjauan tu biasa. Khalid pun takat ulas pasai Pakatan Rakyat dah dapat 2/3 saja.

Kalau nak kiranya, kalau Pakatan Rakyat boleh dapat majoriti 2/3 pun pada aku sesuatu yang dah diluar jangka pasainya Pakatan Rakyat selama ni cuma mengharapkan boleh menang simple majoriti malah kebanyakkan hasil kajian pun tunjuk macam tu.

Samada Pakatan Rakyat menang ataupun Barisan Nasional kekalkan kuasa tapi dengan margin kalah menang yang tipis yang takdak majoriti 2/3 parlimen. Kalau ada yang kata ada hasil kajian yang menunjukkan ada majoriti 2/3 cuma keluar dari mulut pemimpin Umno yang memang tak boleh percaya.

Tapi hasil kajian ni pada aku mengarut sangat kut. Kalau Pakatan Rakyat menang 215 kerusi dari 222 jumlah kerusi parlimen maknanya Umno BN cuma menang 7 kerusi saja, mustahil kut. Takkan Khalid percaya hasil kajian macam tu punya keterlaluan kut.

Keadilandaily juga dilaporkan:
“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh. - Ibid.
Patutnya tak payah la sebut pasai hasil kajian mengarut macam ni. Tak kira la sapa pun yang buat kajian tu waima kawan baik sendiri. Tak menguntungkan langsung untuk Pakatan Rakyat tambah-tambah dalam masa perang ni, oleh jeneral perang pulak tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...