Takkan kut Muhyiddin nak bagitau yang kali ni Umno BN tak cukup dana untuk bagi habuan kepada yang memang sentiasa berbalah tiap kali nak pilihanraya.
mStar melaporkan:
GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang walaupun ianya bukan perkara mudah.
Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri. - mStar.
Kesian pulak tengok kenyataan Timbalan Presiden Umno ni. Tak ubah macam orang bermimpi di siang hari.
Memang la dalam dunia ni takdak yang mustahil, tambah-tambah bagi yang percaya kepada kuasa Allah. Walaupun mustahil di akal tapi kalau tuhan nak bagi jadi memang takdak yang mustahil.
Yang aku kesian kat Muhyiddin tu pasai dia terpaksa kut cakap macam tu. Nak cakap macammana lagi. Takkan kut dia nak bagi tau realiti sebenar kat Penang tu.
Takkan kut dia nak bagitau kat jentera Pusat Daerah Mengundi BN yang " sia-sia ja kerja hangpa pasai buat la lagu mana pun, Penang takkan dapat kita rampas balik..."
Dengan tahap sokongan orang cina kepada Pakatan Rakyat di Penang, buat la apa pun, Umno BN takkan dapat rampas balik Penang.
Yang lebih menarik lagi Muhyiddin, sama macam lain-lain pemimpin Umno, dah siap-siap sediakan alasan pasai depa pun yakin akan kalah lagi di Penang.
mStar juga melaporkan:
"Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah. Kalau rasa ada tidak seronok atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis itu. - Ibid.Awal-awal lagi, Muhyiddin dah bagi alasan yang Umno BN akan kalah dalam PRu13 nanti di Penang sebab berbalah sesama sendiri.
Cerita pasai berbalah sesama sendiri dalam Umno terutamanya bukannya masalah baru. Setiap kali nak PRU memang Umno akan berbalah sesama sendiri pasai masing-masing nak jadi calon. Tapi selama ni depa langsung takdak masalah berdamai bila masing-masing dapat habuan.
Takkan kut Muhyiddin nak bagitau yang kali ni Umno BN tak cukup dana untuk bagi habuan kepada yang memang sentiasa berbalah tiap kali nak pilihanraya.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis