Najib bela orang melayu dengan potong 20% peruntukan pendidikan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 06, 2013

Najib bela orang melayu dengan potong 20% peruntukan pendidikan?

Malah kalau pentadbiran Umno BN melaksanakan pendidikan percuma macam yang Pakatan Rakyat cadangkan tu dengan cara depa mentadbir sekarang ni, memang kompom negara akan bangkrap.

Aku suka petik apa yang PakBakar Penarikbeca tulis:
Walau bukan semua orang Cina kaya, tetapi sebahagian besar dari mereka tak heran kalau dipotong belanjawan pendidikan. Ramai anak Cina yang belajar di luar negara atau di universiti swasta.

Kalau sekolah-sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan berada di bawah standard pun, sikit depa tak heran. Sejarah orang Cina sejak sebelum merdeka membuktikan mereka boleh membina sekolah-sekolah mereka sendiri. Contohnya, di bandar Taiping, yang berhampiran dengan kampung saya di Matang, sekolah Hua Lian ditubuhkan sendiri oleh orang-orang Cina. - Penarikbeca.    
Aku cukup setuju dengan PakBakar. Pemotongan penuntukan pendidikan tu adalah pengkhianatan kepada rakyat terutama sekali kepada orang melayu.

Malaysiakini versi english melaporkan:
“Ideally, a nation should allocate 20 percent of its Gross Domestic Product to education. However, in Malaysia, we see the BN government reducing its budget in education.

“In 2012, the Education Ministry was allocated RM50 billion for education purposes and in 2013, the BN government had reduced it to RM37 (actually it is RM38.7) billion. Never before has a government reduced its allocation towards education, and this is about a 20 percent reduction,” he said. - Malaysiakini.
Dengan pertambahan pendapatan macam yang selalu pemimpin Umno cakap dengan bangga sebelum ni, tak sepatutnya peruntukan untuk pendidikan dipotong sehingga 20% tu. Malah kalau pendapatan berkurang pun tak sepatutnya peruntukan untuk pendidikan dikurangkan.

Pasainya pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting untuk sesebuah negara. Cuma pemimpin negara yang bangang saja kut yang anggap pendidikan kepada rakyatnya terutama untuk generasi akan datang tak penting untuk sesebuah negara.

Tambah-tambah dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, tentu punya perbelanjaan untuk pendidikan pun meningkat jugak.

Dengan pengurangan sehingga 20% tu tentu punya banyak benda-benda yang sebelum ni pihak sekolah buat terpaksa ditiadakan ataupun dikurangkan.

 Aku cukup yakin kalau tanya kat cikgu-cikgu tentu depa boleh sahkan keadaan ni. Depa tentu punya terasa dengan pengurangan peruntukan tu.

Walaupun aku tak pasti berapa besar kesannya ke atas pembelajaran tapi aku yakin tentu pemotongan peruntukan sehingga 20% akan bagi kesan yang besar kepada tahap pembelajaran murid-murid samada secara langsung ataupun tak langsung.

Dengan cara pentadbiran Umno BN sekarang, memang tak heran depa tak yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji untuk bagi pendidikan percuma sehingga ke peringkat ijazah pertama.

Malah kalau pentadbiran Umno BN melaksanakan pendidikan percuma macam yang Pakatan Rakyat cadangkan tu dengan cara depa mentadbir sekarang ni, memang kompom negara akan bangkrap.

Tapi kalau pentadbiran Umno BN tak mampu tak semestinya kalau orang lain yang mentadbir pun tak mampu jugak.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat dah pun bentangkan macamana Pakatan Rakyat nak buat supaya boleh bagi pendidikan percuma kepada rakyat.

Caranya cukup mudah. Yang pertama sekali pakatan Rakyat akan pastikan ketirisan yang cukup teruk dalam pentadbiran Umno BN selama ni dikurangkan semaksima mungkin kalaupun tak boleh nak basmi seratus peratus, melalui pengurusan yang cekap dan telus.

Yang keduanya dengan cara mengurangkan rasuah yang menguntungkan kroni yang mengakibatkan tender kerajaan jadi mahal yang tentu punya akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Ditambah pulak dengan kemampuan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat macam dibuktikan oleh Selangor dan Pulau Pinang yang berjaya meningkatkan tabungan negeri kepada masing-masing RM2.5billion dan RM2billion dalam keadaan Malaysia secara keseluruhan mengalami defisit RM500billion memang mampu untuk bagi pendidikan percuma.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...