Kalau tengok kepada majoriti yang Jazlan dapat masa PRU12 dulu memang tak patut sangat kalimah macam tu keluar dari mulut dia. 20,449 undi bukan kecik anak punya majoriti.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui tidak gentar untuk berhadapan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sekiranya ahli parlimen Kubang Kerian itu berhasrat untuk bertanding di kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti.
Beliau yang sudah dua penggal dipilih sebagai ahli parlimen Pulai, tidak bimbang untuk berhadapan dengan Salahuddin pada Pilihan Raya 2013. - TMI.
Memang nampak sangat anak arwah Mohamad Rahmat, bekas Menteri Penerangan ni makin kecut perut.
Kalau sebelum ni dia tak berapa terasa sangat pasai sebelum ni nama Salahuddin disebut-sebut di beberapa parlimen. Walaupun termasuk Pulai tapi ada kemungkinan jugak Salahuddin akan bertanding di parlimen lain.
Tapi bila nama Salahuddin dah nampak macam kompom akan bertanding di parlimen Pulai, memang patut sangat pun dia kecut perut.
Memang nampak sangat kecut perut tambah-tambah bila TMI juga melaporkan:
“Sebenarnya, ia satu penghormatan kepada saya jika Salahuddin memilih untuk bertanding di parlimen Pulai memandangkan beliau adalah anak kelahiran Pontian tapi mungkin beliau tidak yakin bertanding di sana, jadi memilih untuk bertanding di kerusi parlimen Pulai.Bila keluar kalimah "tapi jangan anggap beliau akan mendapat laluan mudah di Pulai" maknanya memang di pun macam yakin yang Salahuddin ada harapan besar untuk menang di parlimen Pulai.
“Pada masa sama, Salahuddin adalah naib presiden PAS dan mahu bertanding dengan seorang Ketua Umno bahagian biasa, jadi sudah pasti ia satu pertandingan yang amat menarik...tapi jangan anggap beliau akan mendapat laluan mudah di Pulai.” - Ibid.
Kalau tengok kepada majoriti yang Jazlan dapat masa PRU12 dulu memang tak patut sangat kalimah macam tu keluar dari mulut dia. 20,449 undi bukan kecik anak punya majoriti.
Tapi aku yakin, Jazlan pun sedar yang majoriti sebesar tu pun sebenarnya tak menjanjikan apa-apa untuk PRU13 nanti bila ditengok kebangkitan ketara kaum cina yang nak sangat Umno BN tumbang kali ni di peringkat pusat.
Malah pengundi melayu pun semakin ramai yang beralih sokong Pakatan Rakyat terutama sekali di Dun Kempas yang berada di dalam parlimen Pulai.
Lagi bertambah kecut perut Jazlan bila Salahuddin mempersoalkan status dia sebagai bakal calon.
MalaysianInsider juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) apakah beliau sudah pasti dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. - TMI.Memang tak mustahil Najib letak orang lain sebagai calon kalau Jazlan bukan lagi dianggap winnable candidate.
Tambah-tambah pulak Jazlan pernah malukan Najib di Penang macam yang aku ada ulas sebelum ni dalam posting bertajuk "Batal program Najib di Penang: Nur Jazlan bakal kena cantas?"
Berkaitan:
- Nur Jazlan yang menang majoriti 20,449 pun kecut perut dengan Salahuddin?
- Bukti pengiraan Salahuddin akan menang kalau bertanding di Pulai
- Batal program Najib di Penang: Nur Jazlan bakal kena cantas?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis