Cara mudah Zambry bagi dana pilihanraya untuk Umno Parit Buntar, macam dajai... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 21, 2013

Cara mudah Zambry bagi dana pilihanraya untuk Umno Parit Buntar, macam dajai...

Kaedah dajai macam tu memang dah jadi semacam SOP untuk Umno cari duit pilihanraya. Isunya sekarang, sapa yang akan pegang duit haram tu? Nampak gayanya, perang dingin Umno Parit Buntar akan terus berpanjangan...

Sinarharian melaporkan:
KERIAN - Impian lebih 20 peniaga pasar awam Pekan Titi Serong untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur baru yang lebih selesa tercapai apabila sebuah pasar niaga bernilai RM1 juta kini sedang dibina dan bakal disiapkan dalam masa terdekat.

Penyelaras Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali berkata, keluhan kesemua peniaga terbabit untuk mendapatkan kemudahan prasarana lebih selesa mula mendapat perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sewaktu turun padang ke sini pada 27 September tahun lalu untuk merasmikan upacara majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parit Haji Wahab di sini.

Menurutnya, projek yang mendapat kelulusan serta-merta itu kini sudah disiapkan hampir 50 peratus dan ianya dijangka disiapkan dalam tempoh tiga bulan lagi. - Sinarharian
Kalau sapa pun tengok dengan mata kepala sendiri rupa projek pasar tu takkan boleh terima pasar yang sedang dalam pembinaan tu bernilai RM1juta.

Langsung tak logik pasar sekangkang kera, di pekan koboi macam Titi Serong pulak tu, telan belanja sampai RM1 juta.

Tah apa yang mahal sangat kalau takat buat pasar terbuka setingkat macam tu. Taktau la pulak kalau depa nak bubuh lantai pasar tu dari marmar yang diimport dari Itali.

Kalau ikut anggaran aku, takat nak buat pasar macam tu RM200ribu pun dah dikira mahal. Kalau Kerajaan PR yang perintah Perak rasanya pasar tu mungkin akan telan belanja dalam RM150ribu saja.

Jadinya, takdak sebab lain kos buat pasar tu boleh bernila RM1juta melainkan sebahagian dari RM1juta tu akan masuk ke dalam kantung dana pilihanraya Umno Parit Buntar.

Kaedah dajai macam tu memang dah jadi semacam SOP untuk Umno cari duit pilihanraya.

Isunya sekarang, sapa yang akan pegang duit haram tu? Rasanya Bakar Mat Ali terkeluar dah kut dari senarai, aku rasa yang akan pegang dana tu antara Cikgu Chop sebagai pemangku Ketua Bahagian ataupun Dolah Salleh, Setiausaha Bahagian merangkap Penyelia Parlimen Parit Buntar.

Nampak gayanya, perang dingin Umno Parit Buntar akan terus berpanjangan...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...