Kalau kerajaan Umno BN tak mampu tak semestinya kerajaan Pakatan Rakyat kalau ambil alih Putrajaya pun tak mampu jugak. Pasainya cara dan kaedah yang Pakatan Rakyat nak terapkan tak sama macam kaedah Umno BN yang penuh dengan ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa.
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Manifesto pakatan pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum RM1,100 sebulan akan memberi risiko tinggi terhadap daya saing Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Selasa.
Beliau berkata kadar yang dicadangkan itu akan hanya meningkatkan kadar inflasi dan pengangguran serta menjadikan negara ini kurang menarik kepada pelabur asing. - mStar.
Standard menteri BN la, akan cuba memperlekeh tawaran dari Pakatan Rakyat termasuk tawaran komprehensif terbaru melalui Manifesto Rakyat oleh Pakatan Rakyat.
Kalau kerajaan Umno BN sekarang laksanakan gaji minimum RM1,100 macam yang Pakatan Rakyat tawarkan, aku pun yakin kadar inflasi dan pengangguran akan meningkat.
Kalau kerajaan Umno BN tak mampu tak semestinya kerajaan Pakatan Rakyat kalau ambil alih Putrajaya pun tak mampu jugak. Pasainya cara dan kaedah yang Pakatan Rakyat nak terapkan memang tak sama macam kaedah Umno BN yang penuh dengan ketirisan, rasuah dan salahguna kuasa.
mStar juga meleporkan:
Katanya kerajaan mengambil kira faktor itu sebelum menetapkan RM900 sebulan sebagai gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak.Nampak sangat menteri BN ni bangang malas membaca tapi gatai mulut nak komen jugak pasai Manifesto Rakyat tu. Pasainya dalam manifesto tu tercatat dengan jelas kaedah macamana nak pastikan gaji minimum RM1,100 tu dapat dilaksanakan termasuk oleh IKS.
"Malah, pada kadar sedia ada pun, perusahaan kecil dan sederhana (SME) sudah mengeluh. Sekiranya ia ditetapkan pada RM1,100, tidak tahulah saya apa yang akan berlaku atau apa yang akan mereka lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Sistem Upah Berdasarkan Produktiviti di sini. - Ibid.
Pakatan Rakyat bukan buat manifesto tu pakai main taram saja, tapi setelah buat kajian yang cukup mendalam. Pasai tu dalam manifesto tu tertulis.
Pakatan Rakyat percaya perkongsian produktivi yang adil memerlukan komitmen tiga pihak: majikan, pekerja dan kerajaan. Beban kewangan awal yang ditanggung oleh majikan pada peringkat awal pelaksanaan gaji minima perlulah turut sama ditanggung oleh kerajaan.Pasai tu jugak manifesto menggariskan untuk mengujudkan 1juta peluang pekerjaan baru dan dalam masa yang sama akan berusaha untuk mengurangkan 1juta buruh asing secara berperingkat.
Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion akan diwujudkan bertujuan memberi insentif automasi dan geran pelaksanaan gaji minima kepada syarikat-syarikat yang layak bagi memjamin jumlah pekerjaan tidak terjejas dengan pelaksanan gaji minima.
Insenti automasi dan geran pelaksanaan gajiminima memberi keutamaan kepada Industri Kecil dan Serdehana (IKS) bagi tempoh yang ditetapkan - Manifesto Rakyat m/s 15
Tapi nak buat macamana, memang standard menteri BN semacam wajib beraksi bangang, cumanya aku harap jumlah pengundi yang bangang untuk PRU13 ni semakin berkurang berbanding PRU yang lepas-lepas.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis