Manifesto Rakyat: Komen bangang dari Ali Rustam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 25, 2013

Manifesto Rakyat: Komen bangang dari Ali Rustam

"Akhirnya nanti" tu bila? Lagi 50 tahun? Kalau dah habih tempoh konsesi baik tak payah. Yang jelasnya sebelum ni cuma tol tak dinaikkan macam dalam perjanjian konsesi tapi masalahnya walaupun tak dinaikkan tapi tempoh konsesi pulak ditambah lagi.

MalaysianInsider melaporkan:
MELAKA, 25 Feb — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan manifesto pilihan raya umum ke-13 pakatan pembangkang sebagai lemah dan tidak menarik.

Beliau berkata janji-janji dalam manifesto bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ tersebut sebenarnya telah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi. - TMI.
Juga dilaporkan:
“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tak ka bangang punya kenyataan. Sejak bila kerajaan kurangkan tol? Kalau tak sebab Pakatan Rakyat sebuh pasai nak hapuskan tol jangan harap la nak merasa pengurangan tol tu. Tu pun berapa sangat yang dikurangkan.

"Akhirnya nanti" tu bila? Lagi 50 tahun? Kalau dah habih tempoh konsesi baik tak payah.

Yang jelasnya sebelum ni cuma tol tak dinaikkan macam dalam perjanjian konsesi tapi masalahnya walaupun tak dinaikkan tapi tempoh konsesi pulak ditambah lagi.

Macam tu jugak bab pendidikan percuma. Walaupun kerajaan hebah bagitau yuran sekolah dah dihapuskan tapi setiap awal tahun ibubapa masih merungut kena bayaar mahal. Walaupun yuran dah tak kena bayar tapi benda-benda lain yang kena bayar lebih dari yuran yang kena bayar sebelum ni.

Nak salahkan sekolah pasai kena bayar macam-macam pun tak berapa nak kena pasai pihak sekolah terpaksa kenakan bayaran pasai peruntukan tak cukup. Dah la selama ni pun tak berapa nak cukup, belanjawan untuk tahun 2013 peruntukan untuk pelajaran dipotong lagi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...