Aku yakin hasil siasatan RCI kalau keluar pun sebelum PRU13 tentu punya Umno BN akan pastikan hasil siasatan tu akan 'menguntungkan' Umno BN dari segi persepsi yang biasanya berkadar terus dengan jumlah undi dalam pilihanraya.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut untuk memberikan perhatian khusus tanpa menunggu siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) selesai.
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga, berkata SPR boleh mula bertindak membersihkan daftar pemilih, lebih-lebih lagi ketika isu pemberian status warga negara kepada rakyat asing di Sabah didedahkan baru-baru ini. - Hrkh.
Mula-mula sekali aku nak jugak ucap tahniah kepada Najib pasai ujudkan RCI. Bukan maksud aku tindakan Najib tu tepat pasainya aku memang langsung tak menaruh harapan tak kira la walau apa namanya Suruhanaya Siasatan Diraja.
Selagi suruhanjaya tu ditubuhkan oleh kerajaan Umno BN memang tentu punya Umno BN takkan biar suruhanjaya tu tikam depa balik.
Tara mana sangat bebasnya Suruhanjaya Siasatan Diraja tu kalau boleh kata semua raja yang ada kat Malaysia ni pun terpaksa bergantung kepada Umno BN.
Aku ucap tahniah pasai tindakan Najib tu memang tepat dari segi politik. Memang boleh bagi kesan persepsi yang cukup baik kepada Umno BN dalam keadaan rakyat semakin tak percaya kepada Umno BN.
Itu adalah pilihan terbaik yang Umno BN ada untuk kot-kot boleh ujudkan persepsi positif berkenaan 'pengundi hantu' untuk PRU13 nanti
Contoh macam tuntutan Ambiga tu, Umno BN melalui proksi depa SPR takkan layan punya pasainya SPR ada alasan yang cukup kuat untuk tak layan tuntutan tu.
Yang pertama sekali pasai RCI tu belum habih buat kerja. Penemuan dan tuduhan terbaru tu kalau pun nampak valid tapi masih di peringkat tuduhan, keputusannya belum lagi keluar.
Yang kedua, SPR memang tak boleh sewenang-wenangnya buang nama dari daftar pemilih, tambah-tambah lagi kalau nama-nama tu memang ada dalam database Jabatan Pendaftaran Negara sebagai warganegara yang layak mengundi. SPR memang tak boleh buang kecuali JPN buang nama-nama tu dari database JPPN sebagai warganegara.
Aku yakin hasil siasatan RCI ni takkan keluar sebelum PRU13, kalau keluar pun sebelum PRU13 tentu punya Umno BN akan pastikan hasil siasatan tu akan 'menguntungkan' Umno BN dari segi persepsi yang biasanya berkadar terus dengan jumlah undi dalam pilihanraya.
Apa pun, tak semestinya RCI ni akan menguntungkan Umno BN. Kalau Pakatan Rakyat pandai spin tuduhan-tuduhan tu dan berjaya tanam kebencian rakyat kepada Umno BN dengan penemuan dan tuduhan tu, memang tak mustahil RCI tu akan ujudkan persepsi yang menguntungkan Pakatan Rakyat tak kira macamana pun bentuk hasil siasatan RCI tu nanti.
Cumanya, bila tengok realiti politik Malaysia, nak boleh bagi jadi macam tu memang satu kerja berat yang aku tak berapa yakin Pakatan Rakyat mampu berjaya lakukan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudi