Persoalannya, inkuiri RCI berani ka panggil ka Anwar Ibrahim. Kalau berani panggil pun aku yakin depa takkan panggil sebelum PRU13. Taktau la pulak kalau Najib bangang sangat dan membenarkan inkuiri RCI panggil Anwar Ibrahim
Sebelum ni MalaysianInsider melaporkan:
KOTA BELUD, 22 Jan — Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.
Beliau menegaskan Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, dan menurutnya “beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah”.
“Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau ‘dalaman’ itu, Anwar (gambar) boleh membantu memberikan maklumat... jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. - TMI.
Sungguh, aku pun yakin, Anwar Ibrahim memang maklum pasai skandal bagi IC kepada warganegara asing di Sabah.
Takkan la sebagai bekas orang nombor dua dalam Umno dan Kerajaan masa tu taktau satu projek yang besar macam tu. Tambah-tambah pulak projek tu adalah projek politik Umno di Sabah dan memang Anwar Ibrahim masa tu memang 'berkuasa' di Sabah.
Kalau pun mungkin dia tak dimaklumkan secara rasmi aku cukup yakin dia tentu punya dimaklumkan secara tak rasmi. Teruk sangat la kalau Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri tapi maklumat projek besar macam tu langsung dia takdak maklumat.
Aku cukup yakin Anwar tau pasai projek celaka ni, kalau pun dia tak terlibat, sebagai orang no dua dalam Umno Anwar Ibrahim memang bersalah. Tapi sebagai pemimpin Umno memang macam tu cara depa berpolitik.
Apa pun, Anwar Ibrahim secara terbuka menafikan dia terlibat dan bersedia untuk mengadap Suruhanyaja Siasatan Diraja (RCI).
MalaysianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 23 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk menjawab jika inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah itu memanggil beliau untuk memberi keterangan.Persoalannya, inkuiri RCI berani ka panggil ka Anwar Ibrahim. Kalau berani panggil pun aku yakin depa takkan panggil sebelum PRU13. Taktau la pulak kalau Najib bangang sangat dan membenarkan inkuiri RCI panggil Anwar Ibrahim
Menurut ketua pembangkang itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam hal tersebut dan menamakan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut. - TMI.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis