Pasai Sharifah Zohra sorang habih tenggelam cerita #KL112 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 19, 2013

Pasai Sharifah Zohra sorang habih tenggelam cerita #KL112

Apa pun, aku harap sangat pihak-pihak yang berkenaan ada perancangan untuk bagi hangat balik cerita pasai #KL112 tu. Rasa rugi sangat kalau boleh berhimpun sampai 700,000 orang tapi kesannya tak seberapa.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani KS tidak mahu menuntut permohonan maaf daripada Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen sebaliknya mengingatkan beliau bahawa mahasiswa ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, kebebasan mahasiswa bersuara tidak mengira umur, taraf, dan agama kerana itu adalah hak mereka seharusnya diberi layanan dan didengari. - Hrkh.  
Aku rasa isu Sharifah Zohra ni memang saja ditimbulkan sebaik saja selesai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 untuk bagi tenggelam cerita pasai himpunan tu. Pasainya kejadian bangang Cik PAS tu dah lama dah, pasai apa baru sekarang nak heboh.

Dan kalau betul itu perancangannya, nampaknya memang cukup berjaya. Dah la kesan demo lebih 700,000 orang yang aman damai tanpa semburan air kimia dan gas pemedih mata tu nampaknya cukup minima pada pengundi atas pagar, cerita pasai himpunan tu pun tenggelam cepat sangat bahana minah KIMMA sorang tu.

Rata-rata media baru cukup teruja dengan isu minah KIMMA ni sampai nampak macam terlupa langsung kepada #KL112 yang pada aku lebih patut dihangatkan sehangat-hangatnya.

Harap-harapnya isu kebangangan minah KIMMA ni boleh bagi kesan besar, paling kurang pun kepada kelompok mahasiswa. Cumanya aku tak nampak sangat Bawani KS yang tiba-tiba jadi popular tu boleh bagi kesan besar kepada PRU13, boleh la kut kalau takat dikalangan mahasiswa.

Apa pun, aku harap sangat pihak-pihak yang berkenaan ada perancangan untuk bagi hangat balik cerita pasai #KL112 tu. Rasa rugi sangat kalau boleh berhimpun sampai 700,000 orang tapi kesannya tak seberapa.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...