Perwakilan pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden bukan suruh jadi patung... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 24, 2013

Perwakilan pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden bukan suruh jadi patung...

Takkan Lajnah Politik nak tunggu Ust Nasha beraksi lebih hebat lagi ala 'si anjing Umno' kot baru nak ambil tindakan. Dayus sangat ka PAS ni?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia. - mStar.
Bab taktau dan takdak maklumat tu satu isu, tapi takkan lepas dah tau pun masih jugak nak buat macam taktau apa-apa jugak kut.

Aku tertarik dengan satu status oleh Abu Nawas dalam facebook yang update:
Alahhhh Tak payah la dok bagi alasan tak tahu...yang tahu dok sabotaj Pas hari hari masuk TV3 macam Hapic Norden pun tak pernah ambik tindakan..... Tak payah jadi Timbalan Presiden la kalau orang yang terang terang khianat parti pun tak berani nak ambik tindakan.... orang suruh jadi timbalan presiden bukan suruh jadi patung..... - Facebook.
Kalau tengok kepada Perlembagaan PAS bab Tatatertib PAS, Fasal 82 menyebut:
(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
Takkan kut aksi Ust Nasha tu langsung tak menyalahi dan merugikan kepentingan parti. Kalau ahli PAS biasa buat aksi macam tu aku pun tak heran tapi bila Ahli Majlis Syura buat kelaku macam tu takkan tak merugikan kepentingan parti.

Takkan Lajnah Politik tak tengok rombongan Najib pi jumpa Ismail Haniyeh tu dan sebelum ni pi jumpa Ulama' Saudi sebagai sebahagian dari kempen Najib untuk memperbaiki persepsi menjelang PRU13 kot.

Takkan Lajnah Politik nak tunggu Ust Nasha beraksi lebih hebat lagi ala 'si anjing Umno' kot baru nak ambil tindakan.

Dayus sangat ka PAS ni?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...