Tengok ke tajuk pun dah boleh buat kesimpulan. RTM takkan berani siarkan ulasan TG Hj Hadi tu secara 'LIVE', secara rakaman pun takkan berani punya kecuali yang dah diedit sampai ke tahap Rais Yatim sendiri puas hati.
Sinarhadian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi. - SinarharianBila baca perenggan kat ni macam bagus ja statement menteri yang sebelum ni kecoh pasai skandal dengan amah Indon ni. Tapi aku yakin 99.9999% penyokong Pakatan Rakyat takkan percaya punya dia berani sahut cabaran Presiden PAS tu.
Dan memang kompom pun tak boleh percaya bila perenggan seterusnya laporan SinarHarian tu berbunyi:
Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.Tak payah berkalau-kalau la Rais oooiii... Yang lawaknya "bergantung kepada pertimbangan RTM". Sejak bilanya RTM dibenarkan buat pertimbangan sendiri dalam bab politik macam ni?
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman. - Ibid.
Tapi, yang pastinyaKompom tak sesuai punya lah. Kalau sesuai untuk disiarkan pun tentu punya yang dah siap dikerat-kerat dan ditambah dengan ulasan yang hasilnya ulasan tu lebih panjang dari ucapan TG Hj Hadi.
Ataupun yang keluar cuma setakat muka TG Hj Hadi dengan mulut kumat kumit tapi yang keluar suara orang lain, suara pengulas yang nak spin tapi lari melencong kelaut.
Sebelum tu Harakahdaily melaporkan:
Sumber: Facebook |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis