Janji macam ni tak payah sebut la kut Lajim Ukin oooiii... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Halaman

Janji macam ni tak payah sebut la kut Lajim Ukin oooiii...

Ish!! Takkan tara ni ja tahap kut pemikiran bekas menteri yang melompat keluar Umno ni. Patut la Islam di Sabah mundur rupa-rupanya macan ni punya mentaliti hasil tarbiah umno di Sabah.

Harakahdaily melaporkan:
KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat berjanji akan menyediakan dana haji bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila mengambil alih pemerintahan di Sabah.

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin, berkata usaha ini merupakan satu lembaran baru dan bersejarah kepada umat Islam di Sabah yang tidak pernah diberikan oleh Umno Barisan Nasional sebelum ini. - Hrkh.
Aku harap janji tu bukan janji Pakatan Rakyat tapi hasil idea dia sendiri-sendiri.

Aku rasa macam nak gelak pun ada bila baca janji 'katak' sorang ni. Bukan gelak pasai lawak tapi jenis gelak sinis. Lembaran baru bersejarah apanya kalau janji pilihanraya jenis macam ni.

Lagi rasa nak 'gelak' bila Harakahdaily juga melaporkan:
"Kita ingin meningkat martabat Islam di Sabah dengan memberikan pembelaan sepenuhnya dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini.

"Kita akan menyediakan dana khusus kepada umat Islam untuk mereka mengerjakan haji setiap tahun, seramai 300 orang akan dihantar ke Mekah dan mereka akan dipilih dari setiap Dun, perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Lajim yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu kouta haji itu melibatkan lima orang bagi setiap Dun yang merangkumi 60 Dun di Sabah. - Ibid.
Yang pertama sekali aku tak berapa nak nampak kaitan antara memartabatkan Islam di Sabah dengan sponsor 300 orang setiap tahun buat haji. Takkan kut martabat Islam di Sabah boleh dianggap meningkat dengan pertambahan 300 orang yag dapat title Haji, percuma pulak tu.

Lain la kalau sponsor 300 orang pi Mekah untuk belajar agama setiap tahun, baru la sesuai kalau nak guna ayat "memartabatkan Islam di Sabah."

Yang keduanya, nak hantar cuma 5 orang saja untuk setiap Dun. Besar sangat ka kesannya dalam bentuk undi kalau buat janji macam ni. Lagi baik kalau janji akan bangunkan paling kurang 5 masjid di kawasan pendalaman Sabah setiap tahun.

Dari bagi kat cuma 5 orang aku rasa lain cantik kalau bagi 'diskaun' berdasarkan beberapa kategori tertentu yang tentu akan lebih ramai yang akan berpeluang untuk rasa, contohnya untuk para imam atau bilal.

Yang ketiganya, nampak tak berapa nak mulia la buat janji pilihanraya jenis macam ni.

Ish!! Takkan tara ni ja tahap kut pemikiran bekas menteri yang melompat keluar Umno ni. Patut la Islam di Sabah mundur rupa-rupanya macan ni punya mentaliti hasil tarbiah umno di Sabah.


Nota kaki makan cekam:  Aku tetap anggap Lajim Ukin ni 'katak' walaupun dia melompat keluar Umno. Pasai dia adalah ahli parlimen Beauford yang menang atas tiket Umno. 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg penting nawaitu... Bagus bila pemikiran sebegini wujud utk dilaksanakan. Jumlan bukan ukuran kerana yg pentingnya manfaat yg perolehi. Tak nak janji hantar 30,000 orang? Setiap niat biar ada rasional nya.

Bila niat yg baik dibuat.. Kita harus ucap Alhamdulillah dan menyokong dan bukan sebaliknya.

Isu "katak", saya rasa tidak begitu. Beliau berani meletak jawatan untuk bertukar ideologi politik semads memegang jawatan kabinet. Tidak seperti sesetengan org yg menjadi "katak" bila ada political frustration spt hilang jawatan atau sebagainya. Ini satu tindakan berani dan telus.

Dlm hal begini, kita harus membuka kotak minda kita yg sempit dgn peradaan yg kucar kacir.

Politik adalah pemahaman diri kita sendiri, kita berhak memilih jalan politik serta faham landasan pemikiran politik kita. Ini bukan boleh dipaksa oleh sesiapa. Jgn menjadi spt Umno/BN yg hznya fikir mereka sj yg betul... In this world, nobody is perfect, may it be you, me or najib and his cabinet including BN n PR.

We are human after all......

FM

Tanpa Nama berkata...

katak plastik yg tak ada batteri.

Tanpa Nama berkata...

yang penting ubahlah bila lagi mau ubah

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Islam Negeri Johor pencen dapat pi haji

Tanpa Nama berkata...

haji tu wajib bagi yang mampu.,...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...