Penyokong PR ditikam: Kalau lah TG Nik Aziz keluarkan arahan... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 05, 2012

Penyokong PR ditikam: Kalau lah TG Nik Aziz keluarkan arahan...

Kalau la puak-puak kepala masam yang dok ada ramai dalam PAS macam tu dapat arahan suruh belasah balik puak-puak samseng taik kucing Umno tu, aku yakin belum habih arahan depa dah pi dulu. Tambah-tambah pulak kalau pimpinan macam TG Nik Aziz..

Semalam berlaku lagi kejadian puak-puak samseng taik kucing Umno buat samseng, kali ni di Gombak pulak. Sorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di baru katanya kena kerambit puak samseng taik kucing Umno yang beraksi macam beruk berhampiran program Pakatan Rakyat.

Selain mamat tu ada jugak yang berdarah kena batu yang dibaling puak-puak samseng taik kucing tu.



Tengok insiden ni aku teringat satu hari sebelum pilihanraya umum 1999, malam tu aku ada di Markaz PAS Jalan Sekolah dengan beberapa orang member.

Mai sorang brader ni dengan rambut panjang siap bertocang, muka pun boleh tahan jugak la dia punya brutal, naik risau aku. Pasai tak dak dah yang lebih berautoriti terpaksa la aku yang layan brader tu.

Brader tu mengadu kat aku pasai puak-puak Umno bakar dan cabut bendera PAS di kampung dia. Cara dia mengadu tu nampak geram tak terkata. Dia siap mintak kebenaran nak belasah puak-puak tu. Dia kata kalau aku bagi ja balik ni dia memang terus pi cari puak-puak tu sampai ke rumah.

Dia bagi tau kat aku, dia baru ja keluar penjara 3 hari. Dia kata dia takdak masalah kalau takat kena masuk pulak pasai kes belasah puak-puak Umno, PAS punya pasai dia sanggup.

Jenuh jugak la aku suruh dia sabar. Nak boleh dia reda tu berbakul jugak la aku kena maki, kena perleceh. Nasib baik la akhirnya dia mau sabar dan dia janji takkan belasah puak-puak Umno kurang ajar tu. Tapi dia kata kalau puak-puak tu berani kacau bendera PAS depan rumah dia, dia tak jamin dia boleh sabar.

Bila teringat insiden tu aku terfikir, kalau la puak-puak kepala masam yang dok ada ramai dalam PAS macam tu dapat arahan suruh belasah balik puak-puak samseng taik kucing Umno tu, aku yakin belum habih arahan depa dah pi dulu.

Puak-puak ni bukan kira sapa, puak-puak Pekida pun depa tak heran pasai ramai dari depa tu ahli Pekida jugak.

Tambah-tambah pulak kalau pimpinan macam TG Nik Aziz yang keluarkan arahan macam tu, aku yakin puak-puak jenis kepala masam ni, mati pun depa sanggup.

Apa pun, aku yakin pimpinan PAS takkan sekali-kali keluarkan arahan macam tu. Pasainya pimpinan PAS masih percaya dan yakin dengan kaedah demokrasi berpilihanraya, sekurang-kurangnya sampai PRU13 nanti.


Sumber: Facebook Salahuddin Ayub


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...