PR bakal rugi besar kalau Selangor teruskan tindakan cabut kamera AES | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 04, 2012

PR bakal rugi besar kalau Selangor teruskan tindakan cabut kamera AES

Dari segi political mileage aku rasa tindakan tu sebenarnya akan merugikan Pakatan Rakyat. Atau mungkin lebih tepat lagi kalau aku kata tindakan tu akan mengurangkan keuntugan politik kepada Pakatan Rakyat terutama sekali dalam bentuk undi masa PRU13 nanti.

Hari ni tersebar imej macam kat sebelah ni di dalam media baru yang dipercayai imej kontraktor yang dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang turunkan kamera AES di Lebuhraya Lembah Kelang Selatan.

Dari segi peraturannya, tindakan tu mungkin betul dan aku yakin tindakan tu akan menggembirakan pengguna laluan berkenaan.
Semalam Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini.

“Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian.

“Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya kepada Keadilandaily. - Hrkh.
Tapi dari segi political mileage aku rasa tindakan tu sebenarnya akan merugikan Pakatan Rakyat. Atau mungkin lebih tepat lagi kalau aku kata tindakan tu akan mengurangkan keuntugan politik kepada Pakatan Rakyat terutama sekali dalam bentuk undi masa PRU13 nanti.

Biasanya, orang ramai kebanyakkanya tak berapa nak ambil peduli sangat terutama sekali kalau dah dipolitikkan tapi kalau kena atas kepala sendiri baru depa ambil peduli.

Macam tu jugak dengan saman AES. Aku yakin kalau dah kena saman AES kemungkinan besar orang yang kena saman tu akan marah kat kerajaan tambah-tambah kalau dapat sampai 3-4 keping surat saman AES.

Puak-puak yang yang kena saman AES ni cukup mudah untuk kita racun supaya tumbangkan Umno BN dalam PRU123 nanti.

Tambah-tambah pulak pihak KASE dah pun susun jentera peguam untuk bela semua OKS yang melibatkan AES. Lagi ramai yang kena saman lagi ramai la yang akan terasa hebat kerja KASE. Kalau dah takdak kamera AES di Selangor tentu kurang yang akan kena saman.

Apa pun, aku harap Pakatan Ratyat Selangor dah buat kira untung rugi cabut kamera AES ni dari segi 'political mileage' dan aku harap telahan aku tak betul.





Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...