Mungkin pasai ni kut Cikgu Pa tak setuju SPRM tapis calon PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 22, 2012

Mungkin pasai ni kut Cikgu Pa tak setuju SPRM tapis calon PAS

Kalau betul PAS memang dah tapis calon termasuk melalui Majlis Syura' takdak sebab untuk PAS takut serahkan nama untuk SPRM tapis. Kecuali la kalau PAS memang berhajat sungguh-sungguh nak letakkan calon macam Kadir Syeikh Fadzir untuk bertanding atas tiket PAS.

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) mencadangkan supaya semua parti menghantar nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi PPPR Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu. - Sinarharian.   
Dari segi hasratnya, aku cukup sokong cadangan SPRM ni. Memang sepatutnya calon wajib bebas dari kes rasuah.

TG Nik Aziz yang baru-baru ni difitnah merasuah DAP suaya bagi laluan Hj Nizar jadi MB selepas PRU12 sokong penuh cadangan PPRM ni.

Sinarharian melaporkan:
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Pas Kelantan bersedia untuk menyerahkan senarai nama calon yang terlibat dalam pilihan raya umum akan datang bagi melalui proses tapisan SPRM seperti dicadangkan.

Menurutnya, langkah tersebut adalah baik untuk dilaksanakan supaya calon benar-benar bersih daripada amalan rasuah yang sememangnya boleh mencemarkan nama baik parti mahupun individu itu sendiri. - Sinarharian.
Lagi cantik, kalau PAS setutu untuk terima cadangan PPRM tu kalau laporan PPRM tu wajib di bentangkan untuk tatapan orang ramai, biar pengundi pulak buat tapisan.

Cumanya aku setuju dengan ulasan Saifuddin Nasution macam dilaporkan Harakahdaily:
KUALA LUMPUR: Biarpun menyambut baik saranan agar calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis dan bebas rasuah, namun kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan tugas itu masih dipertikai.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (kanan) berkata, SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.

"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?

"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan bertindak dengan berwibawa?" katanya dipetik Sinar Harian Online. - Hrkh.
Contoh yang paling jelas macam kes Khair Toyo. Kalau betul SPRM ada tapis calon BN untuk PRU12 macamana boleh lepas nama Khair Toyo jadi calon.

Pasainya Khair Toyo didapati bersalah kes rasuah tahun lepas dan dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang dia buat masa jadi Menteri besar Selangor yang tentunya sebelum nama dia ditapis untuk jadi calon BN masa PRU12.

Tiba-tiba Setiausaha Agung PAS, ulas dengan nada yang berbeza dengan nada TG Nik Aziz macam dilaporkan Harakahdaily tu jugak.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali (kiri) pula berpandangan, cadangan itu baik kepada parti yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS mempunyai mekanisma tersendiri untuk memastikan calon parti itu bebas rasuah dan tidak perlu kepada pihak lain untuk membuat tapisan.

"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu. Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.

"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya. - Ibid.
Aku cukup tak setuju kalau digunakan alasan "kita tak mahu mendedahkan calon kita". Pasai apa pulak PAS perlu sorok bakal calon PAS untuk PRU13.

Pada aku lagi awal istihat bakal-bakal calon lagi elok. Kalau bakal-bakal calon tu ada masalah dan nampak tak boleh menang kita ada banyak masa untuk tukar calon lain.


Pada aku, PAS memang sepatutnya mengalu-alukan cadangan PPRM tu dan serahkan semua nama bakal calon PAS untuk SPRM teliti.

Kalau betul PAS memang dah tapis calon termasuk melalui Majlis Syura' takdak sebab untuk PAS takut serahkan nama untuk SPRM tapis.

Tindakan macam ni tentu akan menaikkan lagi nama baik PAS pasai terbukti semua calon yang PAS senaraikan berjaya melepasi tapisan SPRM.

Kecuali la kalau PAS memang berhajat sungguh-sungguh nak letakkan calon macam Kadir Syeikh Fadzir untuk bertanding atas tiket PAS.

Kalau pasai tu, memang patut pun PAS rahsiakan nama calon, bukan takut tapisan SPRM tak lepas, tapisan ahli dan penyokong PAS sendiri pun tak lepas.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...