Antara fitnah penchachai, jawapan TG Nik Aziz dan fakta sebenar DAP Perak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 21, 2012

Antara fitnah penchachai, jawapan TG Nik Aziz dan fakta sebenar DAP Perak?

Patutnya blogger penchachai tak patut setamak tu sampai sanggup buat fitnah yang cukup mudah disanggah macam tu. Patutnya blogger penchachai Umno BN tu cukup sekadar tembak Ngeh dan Nga saja.

Mungkin ramai dah yang baca fitnah blogger penchachai yang kata TG Nik Aziz rasuah tanah kepada Ngeh dan Nga supaya bagi laluan kepada Hj Nizar jadi MB selepas PRU12. Aku yakin ramai yang terkedu sekejab bila baca fitnah yang disertakan dengan 'bukti' tu.

Ada jugak sorang dua friend facebook aku yang tanya macamana nak jawab. Jawapan aku mudah saja "Pasai melibatkan TG Nik Aziz dak Kerajaan Kelantan, elok tunggu dulu jawapan dari depa."  
Dan setiausaha akhbar TG Nik Aziz dah jawab pun panjang lebar dan disiarkan dalam Harakahdaily.


Kesimpulan jawapan tu:
  1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

  2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

  3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

    Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. - Hrkh.
Memang silap besar la blogger penchachai tu cuba buat fitnah dengan kaitkan isu Ngeh dan Nga ni dengan Kerajaan Kelantan dan kerusi MB Perak. Sekarang ni senjata dah makan tuan. Lagi satu bukti fitnah memang makanan blogger penchachai Umno BN.

Apa pun, jawapan Setiausaha politik TG Nik Aziz ni cuma boleh membersihkan nama TG Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan saja walaupun tak berapa bersih sangat tapi langsung tak membersihkan nama Ngeh dan Nga.

Ngeh dan Nga masih perlu menjawab macamana depa boleh dapat ambil alih syarikat Usahapadu Sdn. Bhd tu. Bukan kecik anak punya nilai tapi berpuluh juta ringgit.

Mungkin ada 'deal tersembunyi' antara Ngeh dan Nga dengan pemilik asal Syarikat Usahapadu Sdn Bhd.

Taktau la pulak kalau Ngeh dan Nga memang kaya raya sebelum jadi Exco Perak selama 11 bulan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dan memang mampu beli syarikat tu betul-betul atas bisness.

Pun begitu, masih nampak ada yang tak kena bila Ngeh dan Nga, dua orang pemimmpin utama DAP Perak yang juga bekas Exco boleh dapat 'menguasai' syarikat yang ada projek 'bermasalah' di negeri Kelantan.

Patutnya blogger penchachai tak patut setamak tu sampai sanggup buat fitnah yang cukup mudah disanggah macam tu. Patutnya blogger penchachai Umno BN tu cukup sekadar tembak Ngeh dan Nga saja.

MediaPerak dah bagi cukup banyak peluru untuk tembak Ngeh dan Nga.
  1. Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (1)
  2. Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (2)
  3. Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (3)
  4. Ngeh Koo Ham: Taiko DAP Perak (4)
  5. Skandal Nga Kor Ming (1)
  6. Skandal Nga Kor Ming (2)
  7. Skandal Nga Kor Ming (3)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...