Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 17, 2012

Dihukum gantung cuma sebab guna perkataan 'kotor dan jahat'

Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim.

MalaysianInsider melaporkan:
SEREMBAN, 17 Dis — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang Ng Chin Tsai keluar dewan selepas Adun DAP itu enggan menarik balik kenyataannya.

Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini. - TMI.
Juga dilaporkan:
Razak memutuskan demikian berikutan tindakan Ng yang enggan menarik balik perkataan ‘jahat dan kotor’ yang ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2013 pada sidang DUN di sini hari ini.

Walaupun berkali-kali diminta untuk menarik balik kenyataan “jahat dan kotor” itu, yang disifatkan Razak sebagai tidak sesuai digunakan di dalam dewan, Ng tetap berdegil sebelum diiringi oleh Bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan. - Ibid.
Pasai mempertahankan kata BN "jahat dan kotor" sorang ahli Dewan Undangan dari DAP sanggup digantung dari menghadiri sidang DUN Negeri Sembilan.

Tahniah untuk YB Ng Chin Tsai pasai sanggup mempertahankan tak tarik balik penggunaan dua perkataan tu.

Tanyalah pada sapa pun dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, malah kalau tanya kat orang BN pun aku yakin dengan mudah dan sepontan boleh bagi bukti yang memang BN main kotor dan main jahat.

Kalau tengok bab rasuah dan penyalahgunaan kuasa pun dah cukup. Kalau nak disenaraikan sehari semalam pun tak habih lagi bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa BN yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti dalam BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Kalau nak kira, 2 perkataan tu pun tak berapa tepat. Mungkin lebih tepat kalau wakil rakyat dari DAP tu guna perkataan busuk dan zalim. BN bukan takat main kotor tapi kotor yang cukup busuk. Bukan takat jahat tapi bertindak zalim.

Ataupun mungkin lebih sesuai dirangkumkan dalam satu perkataan. CELAKA!!!


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...