Berani sungguh ka puak2 penchachai Umno nak ulang peristiwa 13 Mei tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 17, 2012

Berani sungguh ka puak2 penchachai Umno nak ulang peristiwa 13 Mei tu?

Kalau untuk menjatuhkan Umno BN perlu berhadapan dengan keadaan huru-hara, nak buat macamana, terpaksa la dihadapi jugak. Cuma aku ada sikit kemushkilan. Betul ka pihak penchachai Umno BN sanggup nak hadapi kesan dari tercetusnya huruhara tu.

Harakahdaily melaporkan:
PARIT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pertanyaan siapakah yang mahu membuat huru-hara apabila tewas dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau menolak tuduhan pemimpin Umno BN kononnya akan berlaku peristiwa 13 Mei sekiranya Umno kalah pada PRU13.

“Siapa nak buat huru-hara?

“Mereka nak buat huru-hara, peristiwa 13 Mei bila Umno kalah teruk (PRU13),” ujarnya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perak di padang SEDC, Bandar Seri Iskandar, malam tadi. - Hrkh
Malaysiakini pulak melaporkan:
Bas kempen PKR dilaporkan dikhianati di Perak semalam ketika ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke negeri tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan rehat Tapah di Lebuhraya Utara-Selatan.

MediaRakyatNet, sebuah saluran pro-Pakatan Rakyat di YouTube, melaporkan kejadian itu di akaun Twitternya dan memaparkan sebuah foto yang menunjukkan tingkap bas itu pecah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menerbitkan
semula maklumat mengenainya di akaun Twitter beliau awal pagi ini dan meminta supaya ditingkatkan keselamatan bagi konvoi tersebut. - Mkini.
Cerita pasai Bas Merdeka Rakyat kena khainat macam ni bukan cerita baru, dah banyak kali dah kena hasil aksi bangang macam tu malah sebelum ni masa di Melaka, pengawal keselamat Anwar Ibrahim siap acukan pistol pasai bas tu cuba dihalang dan dikhianati.

Aku yakin tindakan khianat macam tu bukan saja-saja dibuat, maksud aku tindakan macam tu seolah-olah sengaja digalakkan dan tak mustahil tindakan macam tu adalah sebahagian dari plan pihak-pihak tertentu untuk cuba ujudkan 'infrastruktur' ke arah huru-hara sempena PRU13 nanti.

Pasainya ada yang buat andaian, Umno BN sebenarnya pun tak yakin boleh menang PRU13 nanti, jadinya ada pihak-pihak tertentu yang merancang supaya pilihanraya tak dijalankan. Satu-satunya cara adalah dengan mengistiharkan darurat.

Darurat bukan saja-saja boleh nak diistihar, nak kena ada keadaan yang huru-hara baru boleh nak diistihar keadaan darurat. Dan darurat yang terbaik adalah 'darurat yang dirancang'.

Cumanya setakat ni di pihak Pakatan Rakyat belum betul-betul sambut aksi bangang tu lagi. Kalau di pihak Pakatan Rakyat sambut memang tak mustahil akan berlaku huru-hara.

Aku cukup yakin, semakin hampir dengan tarikh pilihanraya semakin banyak aksi-aksi bangang macam ni akan dilakukan.

Apa pun, sukacita aku nak tolong umumkan, kalau selama ni ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tak balas tindakan bangang tu bukan sebab takut cuma keadaan saja yang belum mengizinkan.

Aku cukup yakin, geng kepala masam memang ramai dalam Pakatan Rakuat dan depa-depa ni terutama sekali yang dalam PAS memang takkan mulakan tindakan bangang macam tu tapi kalau terpaksa berdepan  depa takkan lari.

Kalau untuk menjatuhkan Umno BN perlu berhadapan dengan keadaan huru-hara, nak buat macamana, terpaksa la dihadapi jugak.

Cuma aku ada sikit kemushkilan. Betul ka pihak penchachai Umno BN sanggup nak hadapi kesan dari tercetusnya huruhara tu.

Tara nak pasang bendera pun nak kena upah, takkan nak beraksi samseng taik kucing bangang tu tak kena bayar. Kalau pun pihak-pihak tertentu mampu bayar upah samseng taik kucing tu, agak-agak sanggup ka depa nak berdepan dengan golongan yang memang bercita-cita nak mati syahid?

Apa pun, jangan lupa temujanji kita di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013. #KL112.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...