Kemelut PR Perak : Ngeh perlu berterus terang atau letak jawatan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 28, 2012

Kemelut PR Perak : Ngeh perlu berterus terang atau letak jawatan?

Kami tidak menceritakan perkara sebenar kerana memberi masa kepada kepimpinan DAP dan PR untuk menyelesaikan skandal tersebut. Tapi, Ngeh dan Nga terus bersikap angkuh dan menuduh Mediaperak ditaja oleh Umno.

Oleh: MSK.

Dalam bulan Jun yang lalu, Team Mediaperak telah dikepung dan dikasari oleh samseng DAP Taman Kaya yang diketuai oleh Lee Chee Seng dan isterinya, Irene Yow. Kami cuba mendapatkan kerjasama pemimpin DAP Perak, terutamanya Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming untuk menyelesaikan perkara tersebut, tapi malangnya, Ngeh bukan saja buat tak tau, malah Nga Kor Ming memaki hamun kami. Tak cukup dengan itu, Lee Chee Seng dan Irene Yow menghantar saman menuntut RM1 juta ringgit sebagai saman malu.

Keangkuhan Ngeh dan Nga membuatkan ramai yang merasa marah dan ada diantara mereka yang menaruh simpati kepada kami…termasuklah beberapa orang yang mahukan kuasa Ngeh dan Nga dikurangkan sebab mereka sudah merasakan bahawa mereka sudah terlalu berkuasa dan menjadi angkuh. Banyaklah maklumat yang kami terima dan diantaranya ialah pelbagai skandal bisnis yang dilakukan oleh Ngeh dan Nga.
Skandal Upayapadu merupakan skandal pertama yang kami terima dan apabila siasatan dibuat, kami mendapati bahawa skandal ini boleh menggoncang Pakatan Rakyat terutamanya di Perak.

Kami tidak menyiarkan maklumat tersebut sebaliknya memaklumkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya satu tindakan dapat dibuat terhadap Ngeh dan Nga, malah kami memaklumkan kepada kepimpinan Pas Perak.

Pemimpin tertinggi DAP juga dimaklumkan dan mereka telah memanggil Ngeh. Ini di sahkan oleh Ngeh sendiri seperti yang disiarkan oleh Roketkini.com

“Ngeh telah memaklumkan dan menerangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Perak sekitar dua bulan lalu mengenai perkara ini apabila blog “Media Perak” mula mengeluarkan laporan jahat terhadap beliau dan Nga melibatkan isu yang dibangkitkan”

Tetapi, Ngeh cuba berdolak dalik dengan menuduh Mediaperak sebagai berniat jahat, sebaliknya, Mediaperak hanya memberi sedikit saja maklumat sebagai peringatan. Kalau dilihat kepada seluruh siri ini, kami tidak pernah mengaitkan Upayapadu dengan skandal tanah di Kelantan sebaliknya bercerita tentang Chenderiang. Malah kami tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan Upayapadu dengan krisis Chenderiang.

Kami tidak menceritakan perkara sebenar kerana memberi masa kepada kepimpinan DAP dan PR untuk menyelesaikan skandal tersebut. Sebab, kalau diceritakan perkara sebenar, Pakatan Rakyat Perak mungkin runtuh.

Tapi, Ngeh dan Nga terus bersikap angkuh dan menuduh Mediaperak ditaja oleh Umno. Malah seorang lagi ADUN DAP, S. Sivanesan mengeluarkan kenyataan yang cukup biadap.

Baca seterusnya di MediaPerak.net


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...