Yang aku herannya, pasai apa pulak Adnan kecut perut, padahal memang pun DAP takkan menang di Bentong. Nak menang macamana kalau bukan calon DAP yang bertanding.
Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. - Mkini.
Satu kenyataan yang menggambarkan keangkuhan seorang pemimpin.
Tapi bila kata-kata dia tu jadi isu besar terutama sekali dalam media baru, dia jadi kecut pulak, terus keluarkan kenyataa yang kata-kata dia tu cuma kiasan.
Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.Yang aku herannya, pasai apa pulak Adnan kecut perut, padahal memang pun DAP takkan menang di Bentong. Nak menang macamana kalau bukan calon DAP yang bertanding.
"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...
"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.
"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.
"Bukan, ini adalah pengucapan kiasan – bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini. - Mkini.
Jadinya, apa pun keputusan di Bentong, kompom telinga dia selamat tak kena potong dan dia tak perlu terjun sungai.
Kat bawah ni keputusan PRU13 untuk parlimen Bentong, Pahang
P89 BENTONGJumlah Pengundi: 53,651Sah-sah kat situ calon PKR yang bertanding. Tara kerusi yang wakil rakyat dari PKR melompat keluar PKR di Bagan Serai, Nibong Tebal dan Kulim Bandar Bharu pun depa takmau bagi kat parti lain, takkan kerusi Bentong depa nak bagi.
Peratusan Kaum: M: 43.06% C:47.28% I: 9.02% L: 0.64 %
1. Datuk Liow Tiong Lai (BN) (25,134)
2. G. Ponusamy@Ram (PKR) (12,585)
Majoriti: 12,549
Jumlah undi: 39,004
Peratus mengundi: 72.7%
Undi rosak: 1,285
Penyandang: Datuk Liow Tiong Lai (BN)
(Majoriti: 16,839 undi)
Tambah-tambah pulak kerusi Bentong tu pengundi cina hampir 50%, lagi la depa takmau bagi. Kalau pengundi cina swing sampai 70% memang boleh kalah Liow Tiong Lai. Tobat lahum la PKR nak serahkan kerusi tu kepada DAP.
Tapi kalau Adnan Yaakob sebut Dun Ketari, memang patut sangat kalau dia kecut perut pun. Dengan majoriti cuma 882 undi dan pengundi cina pulak lebih 50% memang hampir pasti calon dari DAP bakal tumbangkan calon dari BN
Tapi, dari sudut lain, kenyataan Adnan Yaakob tu menunjukkan yang dia pun maklum pasai calon bakal lawan BN di Bentong. Teruk sangat la bila seorang Menteri Besar merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri pun tak peka maklumat penting macam tu.
Nota kaki makan cekam: Mustahil tu macam kata Adnan Yaakob, cuma kiasan ja... Hahaha...