Nurul Izzah ni gila ka nak suruh FRU siasat kes jenayah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 02, 2012

Nurul Izzah ni gila ka nak suruh FRU siasat kes jenayah?

Tapi aku lebih kesian kat tok-tok lebai termasuk dari kalangan ahli PAS yang 'terpaksa' bagi rasuah kat polis yang tahan orang rata jalan dan kepala simpang tu. Depa-depa tu aku cukup yakin memang benci rasuah tapi nak buat macamana, dah 'terpaksa'...

Utusan melaporkan:
BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk. - Utusan
Kalau pasai nisbah polis dan penduduk dah tinggi melebihi perakuan Interpol aku setuju la. Tapi aku sikit mushkil bila dalam Mingguan Malaysia, Nurul Izzah dilaporkan berkata:
"Jadi anggota polis kita dah cukup tak payah dok jadi FRU pun pasal bawah pakatan kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi, kita pastikan penyiasatan kes jenayah apa yang berlaku ditaman taman perumahan"
Takkan Nurul Izzah nak suruh FRU jadi penyiasat kes jenayah pulak. Puak-puak tu reti ka nak siasat kes jenayah?

Setakat yang aku tau puak-puak FRU ni kalau belasah penunjuk perasaan depa tau la. Takut nanti depa siap bawak water canon dan gas pemedih mata pulak masa nak siasat kes jenayah, mampuih kita.

Pada aku Nurul Izzah perlu lebih spesifik, bukan bekukan terus tapi bekukan pengambilan anggota FRU dan juga SB politik. Lagi cantik kalau Nurul Izzah cadangkan FRU dan SB politik yang selama ni dijadikan semacam 'si anjing Umno' ni dibagi latihan semula supaya boleh buat kerja-kerja lain termasuk siasat kes jenayah, baru tepat.

Utusan juga melaporkan:
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang. - Ibid.
Apa pun, cadangan nak naikkan 15% gaji anggota polis peringkat bawah tu memang sangat-sangat dialu-alukan. Moga-moga dengan gaji yang lebih baik kurang sikit la kut aktiviti tahan kereta motor di merata jalan dan kepala simpang mintak rasuah.

Kesian kat anak bini depa makan duit haram.

Tapi aku lebih kesian kat golongan ustaz termasuk dari kalangan ahli PAS yang 'terpaksa' bagi rasuah kat polis yang tahan orang rata jalan dan kepala simpang tu. Depa-depa tu aku cukup yakin memang benci rasuah tapi nak buat macamana, dah 'terpaksa'... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...