Tak payah sembang besar sangat kut CikguPa! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 03, 2012

Tak payah sembang besar sangat kut CikguPa!

Bunyi macam konfiden sangat kut padahai aku yakin di peringkat pimpinan PAS Pusat sendiri tak berapa nak yakin Pakatan Rakyat mampu tumbangkan BN, masih dalam situasi 50-50.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: PAS yakin dengan perkembangan yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 2012) minggu lepas, Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memang nampak tak bergaduh, tak berbangkit isu peranan Rosmah dan tak berbangkit isu pertembungan Najib dan Muhyiddin kerana ia sudah diarahkan agar tidak dibangkitkan.

"Ini dilakukan Umno melalui taklimat yang dibuat sebelum PAU 2012 ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini. - Hrkh.   
Aku rasa macam tak berapa nak selesa bila baca tajuk laporan tu, PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13

Bunyi macam konfiden kut sangat padahai aku yakin di peringkat pimpinan PAS Pusat sendiri tak berapa nak yakin Pakatan Rakyat mampu tumbangkan BN, masih dalam situasi 50-50.

Tambah-tambah pulak kalau cuma berdasarkan 'khabar angin' perwakilan PAU2012 dah ditaklimatkan supaya Umno tak nampak teruk masa PAU2012. Tak faham aku macamana 'khabar angin' macam tu boleh menjustifikasikan yang PR akan menang besar.

Dari satu sudut lain, tajuk macam tu pada aku boleh dianggap 'over confident' takut ramai pulak yang tak balik mengundi pasai PR boleh 'menang besar'.

Lagi pun, di pihak ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, depa cuma nak tengok Umno BN tumbang, tak perlu menang besar, cuma perlu TUMBANG saja.

Satu lagi bab poll yang Sinarharian buat tu. Memang la poll tu menggambarkan sesuatu tapi harus barang diingat poll tu cuma boleh diundi oleh orang yang bukak portal Sinarharian tu. Kalau nak anggap poll ni sebagai survey pun tak tepat pasai tak mewakili semua kumpulan pengundi.


Tambah-tambah pulak keputusan poll tu 'terlalu' sangat, langsung tak logik kalau dibandingkan dengan apa yang kita boleh tengok disekeliling kita.

Kat bawah ni keputusan terkini (realtime) poll Sinarharian tu.


Yang tak mengundi lagi dan teringin nak mengundi sama boleh undi di portal Sinarharian.com.my, sidebar belah kanan bawah sikit.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...