SPR patutnya cadangkan Pusat Pengundian Awal Luar Negara. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 03, 2012

SPR patutnya cadangkan Pusat Pengundian Awal Luar Negara.


mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghadkan kelayakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos disifatkan sebagai langkah kebelakang serta tidak demokrasi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong berkata, tindakan menghubungkaitkan antara cukai dan proses mengundi dilihat seolah-olah pilihan raya sebagai satu keistimewaan dan bukannya hak sebagai warganegara.

"Dengan menafikan hak rakyat Malaysia yang terkandung dalam perlembagaan, SPR sekali lagi menunjukkan kesamaran dalam proses demokrasi.

"Menghubungkan cukai dengan mengundi ia seolah-olah mewujudkan segmen dalam masyarakat termasuk pelajar, golongan belia dan orang miskin. - mStar.
Apa hak SPR nak tentukan kelayakan rakyat Malaysia untuk mengundi. Benda kelayakan ni bukan kuasa SPR. Kerja SPR adalah untuk jalankan pilihanraya yang adil dan pastikan semua rakyat Malaysia yang layak mengundi dibagi peluang untuk mengundi.

Yang puak-puak MCA pulak sokong cadangan SPR tu dengan alasan "Sistem di Amerika Syarikat menetapkan anda mestilah pembayar cukai (di dalam negara) sebelum anda boleh mengundi."

Punya la tak malu ada hati nak jadikan sistem pilihanraya Amerika sebagai contoh. Kalau nak ambil contoh sistem pilihanraya Amerika, lebih patut ambil contoh dalam bab keadilan media. Kalau kat dalam TV Malaysia, pembangkang tak pernahnya elok.

Sebelum ni SPR bagi alasan tak konon tak berbalui hantar kertas undi untuk pengundi luar negara pasai mahal sangat macam dilaporkan Utusan:
‘‘Bayangkan berapa banyak wang terpaksa dibazirkan hanya untuk menghantar kertas undi kepada setiap pengundi di luar negara. Contohnya, jika pengundi itu berada di Amerika Syarikat, kos penghantaran untuk satu kertas undi kira-kira AS$70 (RM217). - Utusan'
Kalau nak hantar kertas undi kepada setiap pengundi mungkil agak mahal tapi SPR boleh cadangkan diujudkan 'pusat pengundian awal luar negara' di pejabat kedutaan dan konsulat, semua kertas undi cuma perlu dipos ke situ, jadinya kos tentu dapat dikurangkan.

Tentang kaedah perlaksanaan 'pusat pengundian awal luar negara' tu boleh dibincangkan dalam PSC, dengan adanya wakil semua pihak dalam PSC tu aku yakin satu kaedah perlaksanaan yang dipersetujui semua boleh dicapai.

Kalau setakat nak petugas PACA rasanya takdak masalah, ramai yang duduk di luar negara tu sanggup. Di pihak United Malay National Organisation tentu lagi takdak masalah pasai depa ada kelab di luar negara.

Setakat hari ni cuma 2 komuniti di luar negara layak mengundi pos iaitu pegawai kerajaan dan penuntut Malaysia bersama pasangan masing-masing di seberang laut.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...