Kalau SPR buat macam tu, SPR tak payah nak susah hati dah pasai Daftar pemilih, semua reba pasai daftar pemilih SPR boleh pindahkan kepada JPN. Kalau timbul apa-apa masalah SPR dah tak perlu menjawab tapi JPN yang kena jawab. Kalau ada jugak pengundi hantu maknanya Malaysia ada warganegara hantu.
Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.
"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.
Sebagai contoh, katanya, pada suatu masa terdapat ratusan pengundi didaftarkan menggunakan alamat sama di Sulaiman Court ketika terdapat komuniti setinggan pada 20 tahun lalu. Tempat itu sekarang dibina kompleks membeli-belah Sogo. - Mkini.
Pasai tu la BERS✔H cadangkan "Pembersihan Daftar Pemilih". Daftar Pemilih yang ada sekarang ni memang kotor. Banyakl sangat pembongkaran pasai kotornya Daftar Pemilih selama ni.
Selain dari beratus nama di satu alamat, banyak lagi benda pelik yang dibongkar sebelum ni contohnya ada pengundi bernama "KG BARU' dalam daftar pemilih dan yang paling lawak nama guna simbol macam yang aku pernah ulas sebelum ni dalam artikel "Apa pulak alasan SPR nak kelentong kali ni?
SPR kata depa dah buat pembersihan daftar pemilih tapi masih jugak timbul benda-benda yang tak sepatutnya macam tu, bersih kepala hotak apanya.
Semua masalah tu cukup mudah kalau SPR nak selesaikan. SPR patut terima cadangan supaya SPR buat pendaftaran semula menggunakan data Jabatan Pendaftaran Negara dan pendaftaran secara automatik sebaik saja mencapai umur 21 tahun.
Kalau buat macam tu, takkan timbul lagi masalah beratus nama di satu alamat dan jugak takkan ada lagi pemilih yang bernama "KG BARU" atau simbol ( ' ) tu dan yang lebih penting lagi, wakil rakyat yang menang tu memang diundi oleh orang yang memang tinggal di kawasan tu.
Kalau SPR buat macam tu, SPR tak payah nak susah hati dah pasai Daftar pemilih, semua reba pasai daftar pemilih SPR boleh pindahkan kepada JPN. Kalau timbul apa-apa masalah SPR dah tak perlu menjawab tapi JPN yang kena jawab. Kalau ada jugak pengundi hantu maknanya Malaysia ada warganegara hantu.
Tapi masalahnya, pegawai SPR terutamanya diperingkat tinggi macam Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha masih berminat nak beraksi macam 'si anjing Umno'. Kalau depa dah tak boleh memanipulasi daftar pemilih, kurang la peluang depa nak jadi balachi Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis