Nama tu masuk dalam Daftar Pemilih Parlimen Besut, Dun Hulu Besut, Daerah Mengundi LKTP Tenang dan Lokaliti Kg Batu 13.
Yang aku mushkilnya nama tu masuk dalam "DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN", bukan nama bakal pengundi baru yang ada dalam Daftar Rang tapi daftar yang dah disahkan yang kalau ada pilihanraya kecil di Hulu Besut, daftar pemilih tu la yang akan digunakan.
Aku tak pasti bila nama tu dimasukkan. Cumanya aku harap nama tu belum ada masa PRU 2004 dan PRU2008.
Kalau nama tu dah ada masa PRU2004 dulu lagi, memang tak heran la kalau Dun Hulu Besut PAS tak menang pasai memang nampak sangat jentera PAS yang ada kat sana memang tak peka, tak sensitif.
Kalau nama tu masuk selepas PRU2008 pun, tak ada bezanya. Dalam keadaan Terengganu yang gah dengan selogan 'PAS Ganti Umno' tak sepatutnya ada kelemahan macam ni. Takkan kut jentera pilihanraya kat sana tak buat semakan semua Rang Daftar Pemilih Tambahan yang SPR keluarkan. Kalau betul buat semakan takkan tak jumpa nama Kg Baru ni. Kalau jumpa takkan tak teringin nak buat bantahan. Kalau buat bantahan aku yakin nama tu takkan SPR berani masukkan dalam Daftar Pemilih yang nak disahkan.
Aku sebenarnya nak sangat percaya yang jentera PAS Besut memang buat semua tu, dan memang depa tak jumpa nama Kg Baru tu sebelum ni. Aku yakin jentera pilihanraya PAS Besut tak la seteruk tu sampai biarkan nama Kg Baru pun boleh mengundi. Aku yakin jentera pilihanraya PAS Besut memang mantap sama macam mantabnya jentera pilihanraya PAS Terengganu di bawah Ariffin Deraman yang baru dilantik jadi Pengarah Pilihanraya.
Ada kemungkinan jugak macam yang aku tulis sebelum ni, nama tu SPR selitkan bersama mungkin beribu lagi nama lain tanpa melalui prosedur biasa, tanpa perlu proses key-in cara biasa dan tak mustahil jugak tanpa melalui proses semakan dan bantahan macam biasa. Dengan SPR yang ada hari ni, aku tak heran kalau itu realiti sebenar yang terjadi.
Apa pun, kes ni timbul ada hikmahnya tersendiri. Selain dari menunjukkan yang SPR memang tak boleh dipercayai, kes ni jugak patut buka mata semua jentera pilihanraya PAS terutamanya yang ada kaitan dengan daftar pemilih untuk betul-betul buat kerja semak daftar pemilih.
Aku tak boleh bayangkan kalau ada kes macam tu jadi pada Daftar Pemilih Parlimen Parit Buntar, taktau la mana aku nak sorok muka kalau kes tu jadi pasai ada jentera kat sini yang tak buat kerja. "Sembang hebat tapi cula pun tak buat."
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis