Isu seludup wang: Najib nak asas macamana lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 20, 2012

Isu seludup wang: Najib nak asas macamana lagi?

Mana tau kut-kut memang ada hartawan bangang yang memang ikhlas bagi derma Umno Umno Sabah. Ataupun ada wasiat dari bapak kepada hartawan penyumbang tu yang bagi wasiat kat anak dia suruh cari duit banyak-banyak untuk derma kepada Umno Sabah. Ataupun penjelasan yang setaraf macam tu.

Malaysiakini melaporkan:  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa wujud cubaan untuk menyeludup wang berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah.

Presiden Umno itu menjawab soalan pemberita - sama ada dakwaan pembangkang bahawa wang tersebut cuba diseludup daripada Hong Kong adalah berasas.

"Tidak. Hal tersebut telahpun dijelaskan di parlimen," tegasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini. - Mkini.
Macam tu punya jelas punya kes, Najib nak pertahan apanya lagi. Lagi nampak bangang bila Najib bertahan guna jawapan Nazri di parlimen sebelum ni.

Penjelasan Nazri tu cuma lebih kepada nak selamatkan Musa Aman, kata duit tu bukan untuk Musa Aman tapi sumbangan untuk Umno Sabah.

Isu pasai duit tu sumbangan untuk Umno Sabah aku tak berapa nak pertikai sangat. Mana tau kut-kut memang ada hartawan bangang yang memang ikhlas bagi derma Umno Umno Sabah.

Ataupun ada wasiat dari bapak kepada hartawan penyumbang tu yang bagi wasiat kat anak dia suruh cari duit banyak-banyak untuk derma kepada Umno Sabah. Ataupun penjelasan yang setaraf macam tu.

Walaupun nampak tak berapa nak logik tapi kebarangkaliannya tetap ujud walaupun mungkin 1/1billion.

Yang kita persoalkan pasai apa wang tu perlu diseludup ke Hongkong? Kalau betul takdak apa-apa yang salah dari segi undang-udang untuk apa diseludup ke Hongkong.

Persoalan tu yang Najib patut jawab.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...